Pak Cik Cinderella - Mr. Aurora by Aein Dhiyauddin, Dhiyana

Pak Cik Cinderella - Mr. Aurora by Aein Dhiyauddin, Dhiyana from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2225-03-4
File Size: 2.03 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

PAK CIK CINDERELLA oleh Aein Dhiyauddin Hadirmu buat aku jatuh cinta... “Cinderella lari tinggalkan kasut sebelah untuk putera cari. Tapi aku terbalik pulak. Putera tinggalkan kasut sebelah... patut ke aku cari putera tu?” - Juliana Kerana sepasang kasut, mereka ditemukan. Kerana sepasang kasut, hati Juliana tak keruan. Putera kacak mengetuk pintu hatinya yang bakal menjadi milik orang lain. Berhari-hari dia mencari pemilik kasut cantik yang ada dalam simpanannya hingga terlupa seketika akan tunang yang menanti. “Mesti saya ni lebih handsome daripada bakal suami awak, kan? Sebab tu awak terpikat kat saya.” - Raif a.k.a. Pak Cik Cinderella Namun seperti kisah Cinderella, pertemuan mereka hanya seketika. Juliana harus kembali ke dunia realiti. Raif adalah putera tampan yang hadir untuk menguji kesetiaannya terhadap Anaqie. Adakah bahagia akan mengetuk rumah tangga Juliana dan Anaqie apabila Raif hadir di tengah-tengah mereka? MR. AURORA oleh Dhiyana Dia... Hilarious! Annoying! Dan, dia jugalah ‘the sweetest stranger’! Insiden berlanggar dan terpeluk menemukan Aaron Haider dan Dhiya Durrani. Aaron menggunakan alasan itu untuk terus mengganggu Rani. Mulut pedas berapi dan muatan berat, gelaran diberi. Ugutan demi ugutan dan sikap keras kepalanya berjaya menundukkan Rani. “Kalau awak Rani Mukherjee, saya ni...” – Aaron “Okey... awak Shah Rukh Khan!” – Rani Kehadiran yang tanpa disangka membuatkan hati masing-masing terusik. Rani menyedari akan kekurangan diri, langsung tak meletak sebarang harapan. Apabila Aaron meluahkan hasrat hati, Rani teragak-agak. Aaron tetap berkeras, Rani cinta pertama dan dia tak akan mudah mengalah. Akhirnya Rani akur. Usia hubungan yang masih mentah diduga. Rani berkeras menuntut kata putus. Aaron lelah, lalu diberikan ruang dan masa tanpa tamat tempoh. Dia menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan Rani dalam tanda tanya. Saat mereka dipertemukan semula, Aaron berubah laku. Rani tekad untuk meraih perhatian Aaron semula walaupun terpaksa berendam air mata. Peluang ada di hadapan mata. Harapan masih lagi bersisa. Dan, dia tak akan sia-siakannya. Tetapi, masih bersisa lagikah perasaan sayang itu dalam hati Aaron?

Reviews

Pakcik Cinderella Mr Aurora
by Erna rahman on February 12, 2020

Comment

Best Ceritanya
by anafati on February 24, 2021

Sila lah baca

Pak cik Cinderella & Mr. Aurora
by on September 09, 2021

Blur sungguh Raif Anaqie ni tahap tak tau nak cakap mengenai menjaga perasaan seorang isteri. Orang nak kahwin, dia pun nak kahwin tapi jaga perasaan isteri pun nak orang ajar. Memang apa yang dia buat boleh mengundang salah faham besar. Yang membacanya ni pun rasa serabut. Nasib baik Juliana tu pemaaf orangnya. Walau hati dah dicarik-carik pun terima juga suami tu.. Mr. Aurora Walaupun selama ini Aaron tak pandang pun Rani, tapi setelah terjadi peristiwa tak sengaja itu mereka menjadi lebih rapat dan jatuh cinta. Rasanya kalau Rani terima dan percaya kepada Aaron, mereka tidak akan buang masa setahun merindu. Mujur mereka berjodoh jua dan masih sayang. Aaron tu sweet juga setelah jadi suami Rani cuma lambat bertindak..

Write your review

Recommended