KERANA SATU JANJI by Ameera Ameer

KERANA SATU JANJI by Ameera Ameer from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ameera Ameer
Category: General Novel
ISBN: e978-967-5289-92-7
Publisher: Intensmart
File Size: 1.96 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak… KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan! KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka. KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan? KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula. MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak… “Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya. Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda. Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu. “Hannah!” jeritnya melepaskan geram. Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham. Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?” Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam. “Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang....” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum. “Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram. “Hurm... Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal. Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya… JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…

Reviews

kerana Satu janji
by Nor Azizah ramli on June 29, 2021

Nak kasi 10 bintang tapi ada 5 Saja...oklah janji penuh bintang di langit haha. wahai penulis harapnya ada kisah Alvin pula ye, kesian dia.

kerana satu janji
by Asna Bee on July 22, 2021

Best... Boleh buat terus membaca dan baca sampai abis..

Write your review

Recommended