[ No Description ]



 



SGD 6.00

BLURB USAI IJAB DIMETERAI JATUH cinta dari pandang pertama? Itulah yang Haizir rasa saat pertama kali pandangan matanya tertala ke wajah ayu Qaseh. Hati yang tidak pernah terbuka untuk mencintai atau dicintai tiba-tiba mengalun rentak yang berbeza. NUR QASEH IMANI, si cantik persis bidadari itu rupanya anak kenalan abahnya. Dan sudah tentulah tidak susah bagi dia memiliki sekeping hati gadis pujaannya itu. Malangnya, yang Haizir sangkakan mudah rupanya tidak seperti yang difikirkan. “Abang nak tanya, erm… kalau… kalau… Qaseh belum ada yang punya, sudi tak Qaseh terima abang? Sudi tak Qaseh terima abang menjadi suami Qaseh?” – HAIZIR “Maaf, Qaseh tak boleh terima lamaran abang.” – QASEH PENOLAKAN Qaseh membuatkan semua semangat Haizir terbang melayang. Angannya untuk hidup bersama Qaseh juga turut hancur berkecai. Keadaan Haizir membuatkan ibunya Puan Hajar dan abahnya Encik Razif, mengaturkan perancangan yang berbeza. “Ibu buat apa?” – HAIZIR “Ibu cakap, ibu dah pilihkan calon isteri untuk Izir. Kami dah pergi merisik dan malam tadi kami dah terima keputusannya,” – PUAN HAJAR “Tapi ibu, kenapa ibu tak tanya Izir dulu?” – HAIZIR “Izir, perbincangan dan perancangan dah diatur, sanggup ke Izir nak kami batalkan? Tak kesian dengan ibu dan abah?” – PUAN HAJAR Sanggupkah Haizir menolak walau itu bukan pilihannya? Tetapi, siapa pula gadis yang dipilih untuk menjadi suri hidupnya?
view book