Dear Sayang, I Love You by Ameera Ameer

Dear Sayang, I Love You by Ameera Ameer from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ameera Ameer
Category: General Novel
ISBN: 978-629-97159-4-8
File Size: 1.33 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Jatuh cinta dengan bos sendiri? Nay! Prinsip Atira jelas. Dia tidak akan sesekali terlibat dengan hubungan cinta satu pejabat. Lebih mustahil apabila bosnya itu spesis kepala angin dan kuat membebel mengalahkan perempuan. No, tak akan!   Tetapi... DARKSIDE, di situlah segalanya bermula. Pertemuan pertama yang bukanlah indah untuk dikenang tetapi telah merubah keseluruhan hidup Atira. “Apasal lembab sangat ni? Nak ikut I pun terhegeh-hegeh jadi macam mana you nak deal dengan klien yang agresif?” – EMEER “Sorry ... tapi Encik Emeer jalan laju sangat.” – ATIRA “Kalau dah tahu I jalan laju sepatutnya you pun kenalah ikut speed I. Bukan jalan terkedek-kedek macam itik pulang petang. You ingat kita dalam mall tengah window shopping?” – EMEER Begitulah Emeer. Tiada kata-kata manis yang pernah keluar dari mulutnya. Pantang tersilap sedikit pasti menjadi habuan amarahnya. Bagi Atira bekerja dengan Emeer memang bukanlah mudah. Kudratnya dikerah habis-habisan dari pagi dibawa sehingga ke malam. Tetapi entah kenapa, walau hasil kerjanya pernah dibakul sampahkan, walau sedingin dan sebeku mana sikap Emeer, hatinya tetap tertawan. Arghhh! Dimana prinsip no office romance yang pernah dia pertahankan? “You pernah jatuh cinta Tira?” - EMEER Kata-kata itu ibarat azimat yang menyembuh luka di hati Emeer. Sayangnya, ketika diri kembali diulit bahagia ada insan lain yang masih menyimpan rasa cemburu dan irihati. Hubungan yang baru dibina itu cuba dikucar kacirkan agar terlerai. Mampukah Atira dan Emeer bertahan atau kisah cinta mereka hanya mampu terlakar sebelum senja melabuh tirai? “Do you really love her, Meer? With all your heart?” – EMILIA

Reviews

Best gile! Sumpah tak tipu
by Fazreen Riana Jaafar on November 30, 2023

Ok. Review jujur aku kali ini. Cerita ni best dan sangat sesuai untuk orang yang suka light reading. Aku boleh simpulkan cerita ni sebagai 3S. Sengal, Santai, Sedap! Sengal: Tira ni punya karekter mmg mengundang kesabaran. Macam mana la Emeer blh hadap perangai dia yang manja tapi sengal. Santai: Sangat sesuai baca time santai, tepi pantai, dalam kedai. Eh kat mana2 la yang korang nak baca. HAHHA Sedap: Jalan cerita dia sedap. Ada plot twist. Aku mula2 ingatkan Emilia yang kenakan Emeer sebab dia jeles tengok Emeer nak kahwin dengan Tira. Rupanya bukannnnnn. Dah. Takleh story banyak2, nanti spoiler. Korang kena baca!

Write your review

Recommended