TERLERAINYA SATU JANJI by Ameera Ameer

TERLERAINYA SATU JANJI  by Ameera Ameer from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ameera Ameer
Category: Romance
ISBN: 978-629-97159-6-2
File Size: 1.25 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

BLURB TERLERAINYA SATU JANJI BAKAL menimang cahaya mata siapa yang tidak bahagia? Begitu jugalah Hannah dan Ilham. Hannah dilayan bagaikan puteri. Hari-harinya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang daripada Ilham. Setiap keinginannya dipenuhi walaupun suaminya terpaksa belajar membuat kueh talam keladi! “Kesian suami Hannah. Dah basah dengan peluh,” bisiknya. “Dekat sini tak nak lap ke?” lehernya ditunjukkan. Sengaja Ilham hendak bermanja. “Amboi, beri betis nak peha pulak dia ya,” giat Hannah sambil ketawa tapi tangan tetap juga menjalar ke leher suaminya. Ilham turut ketawa. Penyapu di tangannya terus dijatuhkan ke tanah lalu pinggang isterinya dirangkul. “Abanggg… Hannah tak boleh bernafas!” tubuhnya cuba dilepaskan. Tawa Ilham semakin galak. Pelukannya dilonggarkan. “Geram!” bisiknya lalu bibir merah jambu itu dikucup sekilas. “Astagfirullahalazimmmm!” panjang Mak Cik Lela beristigfar. “Dah tak ada tempat lain lagi nak bercium?” sergah Mak Cik Lela dengan kening terjongket. “Terrrr mak,” balas Ilham malu-malu. DALAM menyulam kasih bersama Hannah, Ilham mendapat tahu Suraya, bekas tunangnya kematian suami saat mengandungkan anak sulongnya. Simpatinya menebal dan dia rasa bersalah! Hannah pula, saat dia bertegang urat dengan Ilham tentang Suraya, dia mendapat tahu bekas kekasihnya, Alvin masih hidup. Lebih membuatkan jiwanya berantakan apabila mengetahui musibah yang menimpa lelaki itu. Hannah buntu dan bingung. “Let’s get married…” ucapnya perlahan. Hannah tercengang. Bulat matanya memandang Alvin yang masih duduk berteleku di hadapannya ketika itu. “Alvin…” berguraukah lelaki itu? “Marry me Hannah…” bisik Alvin lagi. Kotak di tangannya dibuka lalu dihulurkan kepada Hannah. “Alvin, this… I… “ kata-kata Hannah terhenti. “Kita dah janji yang kita akan bersama sampai bila-bila. Kita dah janji kita akan setia dan terus mencintai antara satu sama lain. So, marry me and we’ll together. I promise I’ll make you happy Hannah,” ucap Alvin bersungguh-sungguh. JANJI siapakah yang akan terlerai? Hannah, Ilham atau Alvin?

Reviews

Write your review

Recommended