Sebelum Lamaran Diterima by Ayumi Syafiqah

Sebelum Lamaran Diterima by Ayumi Syafiqah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ayumi Syafiqah
Category: General Novel
ISBN: 9789670870540
File Size: 1.16 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself. Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah. “Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?”- Julia “Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?” - Julia “Sounds like a mummy’s boy.” - Cami Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai. Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obsess dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati! “Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type.”- Cami “Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman.”- Kai Bagi Kai, bertemu Cami bagaikan satu anugerah yang selama ini dinanti. Apatah lagi dalam masa yang sama dia sedang berdepan dengan dilema untuk menyertai konsert tribute buat arwah ayahnya, Allahyarham A. Iskandar, seorang penyanyi yang pernah terkenal suatu masa dulu. Bersama Cami, dia mula menelusuri kehidupan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dan mula membongkar rahsia yang selama ini tersimpan kukuh. Hari demi hari yang berlalu, hati Cami yang tegas dengan prinsip mula goyah. Dia jatuh cinta tanpa sengaja! “You sound like a jealous girlfriend,” – Kai. “Good night, Kai.” – Cami. Tapi sebelum lamaran diterima, Cami perlu jawab soalan hatinya sendiri. Betul ke cinta, atau suka semata-mata?

Reviews

superb
by frwzh on May 27, 2021

Sangat suka karya yg ni. kerana watak yg tak cliche. Dan jalan cerita yang agak ganas sikit towards the end. Suka dinamik hero dan heroin walaupun agak sukar untuk mereka setuju untuk sesuatu. Tapi bila bersama, romantik uolsss.

Menarik & Manis
by afiqahai on July 22, 2021

Suka jalan cerita dia simple, menarik dan sangat manis. Nak jugak jumpa lelaki sebaik Kai tu. Frust dengan watak Cami waktu 2nd half, maybe sebab dia asyik doubt with herself tapi dari situ penulis nak bagi pengajaran yang hidup kita, diri kita bukan seperti apa yang diperkatakan oleh netizen sosial media. Best, sesuai dengan zaman sekarang yang masyarakat suka komen jahat jahat, buli orang di alam maya untuk kepuasan diri. Part watak jahat tu maybe boleh kembangkan sikit kenapa dia jadi macam tu sebab rasa tak puas pulak. Tau tau dia jahat. Hahaha overall menarik dan suka novel ni!

Sebelum Lamaran Diterima
by RH on December 22, 2021

I like the narrative. Clever insinuations here and there.

Write your review

Recommended