Bunga Di Taman Larangan by Ayumi Syafiqah

Bunga Di Taman Larangan by Ayumi Syafiqah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ayumi Syafiqah
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0907-09-3
File Size: 1.18 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dia pernah berasa peritnya disakiti. Keperitan dan keperihan yang dilalui membuatkan dia meneruskan hidup dengan dendam di hati. Dia cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan menjadikan itu sebagai alasan untuk mengubah hidup sendiri. Dia sudah puas menangis, jadi biar dia pula yang menjadi penonton tangisan orang lain. Andainya dengan menjadi ‘orang lain’ segala rasa di hatinya akan terhapus, dia rela. Dia... sekuntum bunga yang beracun di taman larangan... Amar Idlan ~ Dia selalu ada di sisi Syarizad. Menemani saat Syarizad sendiri, menyayangi tika Syarizad dibenci. Herdy ~ Dia muncul menjadi penambah ‘perasa’ dalam kisah hidup Syarizad. Dia menolak permata berharga seperti Liyana demi kaca yang retak seperti Syarizad. Ben Ikhzal ~ Dia hadir memberi ketenangan. Dia nampak sesuatu yang berharga dalam diri Syarizad. Dialah sebab Syarizad mampu tersenyum indah. Namun, mampukah kehadiran mereka bertiga mengubah laluan hidup Syarizad menjadi lebih baik? Sanggupkah Syarizad melupakan dendam yang membara di hati demi kebahagiaan yang menanti? “Kau tahu tak kenapa semua orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau? Sebab perempuan macam kau memang tak layak hidup bahagia.” –Liyana.

Reviews

Boleh la
by Fatin Nadzirah bt Abu Hasan on February 04, 2020

Jalan cerita mmg x klise lansung..

Bunga di tamn larangan
by on April 22, 2020

Boring ... jln cite biase sgt.. stereotype sgt ..tak de pe yg mnrik sgt ..

Bunga Di Taman Larangan
by RABI'ATUL'ADAWIYAH BINTI JOHAR on October 31, 2021

Cerita ni…wuishh…Ya Allah…tak tahu nak cakap apa. Rasa macam naik roller coaster pun ada. Waktu baca macam mana Ijad di KL, astaghfirullah…mengucap saya dibuatnya. Macam rasa, ehhh…heroin pun boleh jadi macam ni?! Ben tu, baguslah dia tegur. Tak sangka Ben masih boleh terima Ijad walaupun Ijad dah… maksudnya, Ben terima Ijad tanpa syaratlah kan? Unconditional Love gitewww… Pengajarannya, janganlah berdendam. Nanti makan diri. Seram ya bila diri itu dimakan! Kalau orang menunjuk pula, kita tak perlulah nak ambil hati ke apa. Rezeki Allah bagi dah cukup banyak. Syukuri je nikmat yang ada. Allah dah janji dalam Al Quran, kalau syukur nikmatnya, maka Allah tambah. Bila masuk je scene Ijad dah berubah, Alhamdulillah…sejuk hati saya. Rasa tak puas! Nak je tahu apa jadi dekat Ben dan Ijad selepas kahwin. Terima kasih untuk karya ini, Akak! 5 star saya bagi. *chef kiss*

Write your review

Recommended