ISSABELLA Fedriz, pewaris kekayaan datuknya, ahli perniagaan dari Perancis. Bernikah dengan pilihan neneknya, Puan Sainon seorang warga Malaysia namun dia hilangkan diri selepas bernikah. Setahun kemudian dia kembali semata-mata untuk menolong Magritha Group, syarikat datuk suaminya.
ENGKU Khairuz Mujahid panasaran apabila bertemu kali ini. Hatinya ada ‘rasa’ namun sayang isterinya berhati kering, garang, dingin, kurang ajar dan terlalu ‘menonjol’ sebagai ahli perniagaan sedangkan dia hanya seorang doktor yang sayangkan agamanya, sayangkan kehidupan normal untuk berkasih sayang... ISSABELLA kabur lagi... MUJAHID kecewa dan marah!
BERPISAH dan bertemu, itulah mereka... namun PERTEMUAN kali ketiga segalanya berubah... SEGALANYA tidak diduga...
“Awak rehatlah kejap, awak pasti tak nak kan Isha dan Izrai tengok muka awak yang pucat tu.”
“Turunkan payung tu. Kalau tunang Engku nampak saya dan Engku duduk macam ni pasti dia akan merajuk dengan Engku,” tuturnya lemah.
“Saya lebih suka kalau awak panggil saya Muja. Engku ni terlalu formallah.”
“Turunkan payung tu.”
“Saya lebih suka sikap awak yang hari ini, bukan yang lapan tahun lalu tapi nada-nada sekejap tadi macam lapan tahun lalu. Hurm...tak elok untuk anak-anak kita dengar.”
Mujahid senyum. Issabella ketap bibir.
“Turunkan payung tu Muja...”
Namun Mujahid berlagak seperti tidak mendengar apa yang Issabella katakan, malahan mulutnya rancak bersiul kecil dan matanya sekejap melihat ke arah Issabella dan tidak lama selepas itu dilarikan ke arah lain
KECOH apabila bekas pasangan suami isteri mula menyimpan ‘rasa’ lagi. Tambah parah apabila anak-anak ‘mengajar’ si mummy dan daddy ini bercinta secara terbuka pula…
“Tengoklah pejabat saya ni, macam hutan belantara. Sini bunga, sana bunga. Semua... bunga!”- Issabella
“Kenapa, sayang tak suka ke? Tak apa, esok abang suruh tauke buah hantar buah pulak. Kalau sayang lapar boleh makan kan?”- Mujahid
Apa sebenarnya yang berlaku hingga mereka bernikah lagi sedangkan Mujahid sudah bertunang ketika itu? Bahagiakah mereka sedangkan Engku Zaiton, ibu saudara Mujahid sentiasa mencari ruang untuk membinasakan Issabella, yang dianggap pembunuh bondanya, Engku Badariah…
Reviews
Kasihi Aku Cintai AKU
by NASIHAH ABDUL on June 04, 2021
Nice story
Kasihi Aku Cintai Aku
by Maznifah binti Salam on November 13, 2021
Jalan cerita yang menarik.
kasihi aku cintai aku
by siti nadzirah binti mohd nadzir on May 11, 2023
jalan cerita yang menarik
cuma perlu banyak bersabar dengan kerenah tok zai dan balqis yang terlalu tergesa-gesa dan memaksa untuk mengikat aisya dan mujahid
sikap aisya dan pengakhiran kisah aisya mungkin akan lebih baik dan kurang memalukan jika balqis tidak terhegeh-hegeh menjadi matchmaker menolak-nolak aisya kepada mujahid walaupun tahu mujahid masih bergelar suami dan tetap mencintai bella
you can't force love
or orchestrate other's love story
sikap sebegini banyak berlaku dalam masyarakat dan tak pasal ramai yang menderita dalam diam serta terpaksa menerima tanpa rela
but thank God mujahid jenis tak ikut telunjuk makciknya dan tahu bagaimana nak letak diri sebagai suami dan sebagai bekas tunangan orang
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.