DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!
“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia
Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.
ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.
Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!
“Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia
“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry
Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?
Reviews
ok je
by Nur Hamimah Zakaria on August 29, 2015
Sebab jalan cerita macam pernah baca kat lain. So dah bleh agak ending dia.
Kerana Aku Untukmu
by Fakhirudin bin Mohd Razali on February 07, 2017
Karya yang bermutu. Saya suka penceritaan dan perkembangan watak yang ingin ditonjolkan. Syabas penulis.
kerana Aku untukmu
by Saya Iszuddin on April 20, 2017
nice book....
Kerana Aku Untukmu
by Nor Zairina bt zainal abidin on April 04, 2019
Nak komen mcm mana.. Tak boleh baca pon.. Booknot found wlpn dah beli rm18
Kerana Aku Untukmu
by Fariha Mustapha on July 26, 2019
Kerana aku untukmu lindungi, sayangi, pertahankan, bimbing....
kerana aku untukmu
by shamsinah binti a.mutalib on November 24, 2019
Saya dah buat pembayaran pada 21hb tapi sampai sekarang ebook tak dihantar lagi
KAU
by puteri nurfatisha binti megat rosidi on June 30, 2020
i suka watak darriz sgt sabar 5 stars utk darriz
Kerana Aku Untukmu
by on April 03, 2021
Dah pernah baca kat blog dulu. Baru berkesempatan menghabiskan bacaan di sini. Kesian dengan perjalanan hidup Zenia yang selalu dirundung kesedihan. Terasa bagai mendapat anugerah seorang suami yang serba serbi sempurna apabila Zenia berjodoh dengan Darriz yang menerima baik segala kekurangannya. Berdebar-debar rasa semasa Zenia diculik. Kenapalah lambat sangat bertindak selepas Ben setuju untuk bekerjasama? Kalau cepat sempat lagi selamatkan Zenia. Geram sangat dengan Fakhri. Dari mula cerita sampai ke akhir cerita menyakitkan hati je..
ok
by Harison on August 23, 2022
cerita agak meleret.. kat hujung2 baru ada konfliks
kerana aku untukmu
by Siti Fatimah Binti Hussin on October 14, 2022
ada part yg mcm tak logik,tindakan yg tak bijak, dan sepatutnya permohonan anak angkat tu gagal,sbb bdk tu hilang dlm jagaan diorg
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.