Andai Itu Takdirnya 2 by Siti Rosmizah

Andai Itu Takdirnya 2 by Siti Rosmizah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Siti Rosmizah
Category: General Novel , Romance
ISBN: 9789675822278
File Size: 1.59 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!
Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.
“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”
Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.
Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!
“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.
“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.
“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”
Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

Reviews

drama
by Nur Farhana bt Abdul Majid on August 08, 2021

can i be honest? there nothing wrong with the storyline, tak kisahlah org kata klise atau apa. tp sejujurnya aku tak blh trima lelaki spt aizril. kslhn sekali, blh dimaafkan.tp dua kali? never. tbh aku suka kalau ending dia adlh sebaliknya. sbb reality yg ada dlm msyrkt skrg, aku bkn nk jd feminism tp aku hrp ada crita yg blh jd inspirasi ibu tunggal diluar sana. tolak la fantasi keperluan kpd lelaki baik kaya hensem tu, woman can also be independent

Andai Itu TakdirNya 2
by sof - on April 15, 2022

it's 2022 and malay novels still advocating domestic violence and abuse. very upsetting and ignorant. should be reported.

Andai Itu Takdirnya 2
by Riana Ismail on March 03, 2023

Pendapat aku, jarang ada perempuan yang nak forgive lelaki yg dah buat hal 2 kali. But again, penulis ni mungkin tulis based on real life situation yang berlaku pada masa itu. Tak silap aku, Siti Rosmizah ni lawyer dulu . So what she did was, ialah bercerita yang ada setengah orang di luar sana yang macam ni and thanks to women empowerment dan voicing out domestics violance, wanita di luar sana dah berani untuk fight for their rights and come back stronger. Overall, cerita ni membuka mata aku. Best dan membuatkan aku sedar yang ada je org yang macam ni lagi di zaman 2023.

Andai Itu Takdirnya 2
by Nur cahaya on March 14, 2023

Ambil masa yg lama.. bru sy nak beli buku ke2 ni. Sbb mmg dari awal kurang minat crita yg ada smbungan ni. Lbih kurang mcm buku first. Sbb mnt leya dan ril. Sy tetap bg 5 star

Andai Itu Takdirnya 2
by AzeanWahid Dahlan on March 19, 2023

Wahhh sambungan cerita ni masih lagi dengan juraian air mata. Bukan saja watak2 dlm cerita tapi pada pembaca cerita ini. Cerita kisah keluarga yg memang sebenarnya ada berlaku dlm kehidupan. Tersentuh dan meruntun jiwa setiap pembaca. Terima kasih kepada kesudahan cerita yg membahagiakan….

Andai Itu Takdirnya 2
by Norhayati Md Rasol on March 25, 2023

Baca je nangis..baca je nangis..khatam kan novel ni dlm masa 6jam…sampai x tidur lps sahur..terbaikkk

Best
by Intan shafiera binti mazla on April 02, 2023

Novel yang kedua lagi teruk perangai aizril ya. Tak sabar nak tengok drama nya pula

Andai itu takdirnye 2
by Nurulain Masayu on May 08, 2023

bengkak mata asyik berguguran air mata membaca cerita ni. tak sanggup nak tunggu drama di astro. Novel ini ibarat roller coaster. kejap marah kejap menangis tapir akhirnya sangat puas hati!

Good
by Rabihah Ismail on May 10, 2023

A happy ending story

best sgt citer ni
by azreenaz zabil on May 20, 2023

keep it up SR

Write your review

Recommended