CINTA HANDICAPPED by Danisyarahmat
Synopsis
CINTA HANDICAPPED
Prank telah menemukan Raisha Hambali, staff di Famous
Book Store dengan majikannya Taufik Hidayat Bukhary. Seorang
hilang isteri, seorang lagi hilang maruah diri.
“Prank!?”. Erika kerut dahi.
“Saja nak kenakan Kak Dayah, nak tengok reaksi dia.”.
“Apalah abang ni!. Tak elok tau mainkan Kak Dayah”.
“Bukan selalu. Nak eratkan lagi kasih sayang kenalah
uji pasangan kita”. TAUFIK HIDAYAT BUKHARY.
“Semuanya salah Sha. Semuanya bermula kerana ingin
membantu kawan kononnya. Akhirnya kawan makan kawan”.
“Sha buat seperti apa yang dia nak. Memang Sha masuk ke
suite mewah tu. Tapi Sha tak tahu apa yang berlaku bila mata Sha
ditutup dan tangan Sha diikat. Kemudian mereka suntik sesuatu di
lengan Sha. Lepas tu Sha dah tak ingat apa-apa”. RAISHA
HAMBALI.
Dek kerana ingin membalas dendam, Taufik mengatur
strategi. Apabila kebenaran terbongkar, dari balas dendam telah
bertukar strategi memikat hati. Taufik melamar Raisha, gadis
handicapped sebagai suri. Sebab simpati, membalas budi atau benarbenar
sudah jatuh hati. Taufik saja yang tahu isi hatinya.
Raisha terima kerana mereka terperangkap di Kuala Lumpur
akibat PKP. Tak manis tinggal berduaan, akhirnya lamaran Taufik
diterima.
“Sempat lagi kalau kita balik hari ini, Fik. Esok baru PKP
berkuatkuasa”.
“Saya tak nak balik, Sha. Saya nak habiskan masa
dengan awak di sini”.
“Tak elok, Fik. Kita tinggal berdua tanpa ada ikatan
yang sah”.
“Kita halalkanlah”.
“Awak masih nak terima saya dengan apa yang saya dah
ceritakan. Saya tak layak untuk awak, Fik”.
“Bagi saya, awak layak Sha. Lebih layak dari saya”.
“Saya tak perlukan simpati, Fik. Saya tak nak awak
menikahi saya kerana belas”.
Bahagia saat menyulam cinta, terbongkar siapa si punya
angkara perenggut mahkota Raisha.
“Kenapa abang tipu Sha?.
“Tipu apa, sayang?”.
“Abangkan lelaki tu?”.
“Lelaki mana pulak?”.
“Lelaki malam tu.
Memaafkan orang lain adalah sesuatu perkara yang berat
untuk dilakukan jika hati tak reda. Tapi aku mahu hidup bahagia.
Lepaskan kebencian itu, demi bahagia yang kucari. RAISHA
HAMBALI
Reviews
Wajib baca..Sangat best.
nice lah
cite ni mmg best,xrugi baca..cite xmeleret2..good job author
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.