Dianggap sebagai ‘pesalah’ selama bertahun-tahun menjadikan Sara seorang yang paranoid, menyendiri dan menutup diri sendiri dari dunia luar. Apatah lagi yang menjatuhkan hukuman itu adalah Kifli, darah dagingnya sendiri.
Hadirnya Faz, seorang lelaki halimunan di alam mimpi membuka ruang untuk dia melarikan diri dari realiti. Disangka cuma teman ilusi mimpi, rupa-rupanya Faz wujud di alam realiti. Mereka berjanji untuk bertemu setelah wujud rasa indah antara mereka.
“Cukup tujuh kali kita bertemu dalam mimpi ni, kita jumpa di dunia sebenar.” – FAZ
Tiba-tiba Adam muncul sebagai penyewa rumah. Seorang lelaki yang adakalanya menjengkelkan dan adakalanya menyenangkan. Entah kenapa Sara merasakan Adam sentiasa ada untuknya. Sentiasa menjadi penyelamatnya. Setiap kali dekat dengan lelaki itu, ada getar debaran di dadanya. Ada rasa indah di jiwa. Macam mana dia boleh jatuh hati kepada dua orang lelaki dalam masa yang sama?
“Aku mula cintakan kau, Sara...” – FAZ
“Saya takut kalau awak cuba terima saya selepas tahu saya cintakan awak.” – ADAM
“Ya, saya cintakan dia!” – SARA
Namun satu nota merubah segalanya, termasuk kisah cinta mereka. Rahsia dan kisah sebenar punca kejadian Sara menjadi ‘pesalah’ mula terbongkar. Mereka semua terlibat.
Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam kejadian itu? Siapakah lelaki yang menjadi pilihan Sara dan layak menerima cintanya?
Reviews
Coffee,Sara
by on July 05, 2024
Pada awal pembacaan,ianya seakan membaca buku yang berlatarbelakangkan kisah luar negara,tetapi apabila bab demi bab dibaca,ianya membawa pembaca ke suatu kisah yang saling berkait rapat dengan watak heroin bernama Sara,si gadis misteri.Sudah pasti, plot twist,saspens,misteri dan mungkin fantasi (mimpi) menjadi trademark cik puan penulis pada setiap karya beliau dan ianya diolah dengan baik dari gaya dan penulisan agar menjadikan buku ini menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan tanpa berhenti pada setiap bab untuk merungkai kaitan setiap watak hingga epilog cerita.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.