DIA BUKAN BIDADARI by Ameera Ameer

DIA BUKAN BIDADARI by Ameera Ameer from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ameera Ameer
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-629-97159-0-0
File Size: 3.47 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.” 

 

Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggapkan cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi. 

Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan “goodbye”. 

Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah apabila mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal, seorang anak hartawan yang kaya raya dan mempunyai pakej lengkap untuk dijadikan suami. Umpan mula dipasang dan perkenalan yang bermula dengan taktik ‘jual mahal’ itu akhirnya berjaya.

Sayangnya ketika benih cinta mula berputik, skandal lama datang membuat onar. Akibat satu peristiwa yang tidak diduga, Syed Azrai nekad mengupah sahabat baiknya, Fareez Azeem sebagai ‘driver cum bodyguard’ untuk pujaan hati. Bermula dari detik itulah hidup Nur Jannah jadi huru hara dek mulut Fareez yang dianggapnya puaka. 

 

“Tak kelas langsung ada driver tapi bawak Myvi aje!” – Nur Jannah 

“Weiii! kereta aku ni belum habis bayar lagi tau. Kalau tertanggal pintu tu siapa nak bertanggungjawab? Nak mintak duit kau pun aku kesian.” – Fareez

 

Kisah cinta yang disangka seindah kisah Cinderella itu rupanya tak seperti yang dibayangkan. Pelamin indah yang diangankan tiba-tiba musnah dilanda badai buatan mummy Syed Azrai sendiri. Ugutan demi ugutan membuatkan Nur Jannah lelah sehingga terpaksa menerima lamaran Fareez. 

Ketika kebenaran terungkai dan ketika hati sedang terluka kecewa, tiba-tiba muncul seorang lelaki lain di dalam hidupnya.  

 

“I masih cintakan you.” – Syed Azrai 

“Saya sayangkan awak, Jannah.” – Fareez Azeem 

“Ikut saya demi Nini.” – Azad Bakri

 

Jadi siapakah lelaki yang akan Nur Jannah pilih sebagai teman sehidup semati? Syed Azrai Mikael, lelaki yang dicintai. Fareez Azeem, suami bukan pilihan  atau Azad Bakri, lelaki jutawan yang berstatus duda? Dan, mampukah Nur Jannah menggapai bahagia tanpa reda dari seorang lelaki bergelar bapa? 

Reviews

Terbaik..
by shahida mohamed on July 06, 2023

Suka hubungan Jannah dengan abah.. Sweet sangat.. Terasa betul kasih sayang antara abah dengan Jannah..

Write your review

Recommended