TIADA PELUANG KEEMPAT by Rafina Abdullah

TIADA PELUANG KEEMPAT by Rafina Abdullah from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Rafina Abdullah
ISBN: 978-967-2474-33-3RMH
Publisher: RMA STUDIO
File Size: 2.82 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

AKU Zizi. Sudah tiga tahun aku bergelar ibu tunggal. Esha adalah satu-satunya zuriat yang aku ada. Kehidupanku sekarang lebih tenang tanpa Iskandar, bekas suami yang tak guna satu sen karat. Dia tergila-gilakan aku semula. Jangan harap aku nak berbaik dengan lelaki itu. 

 

Perpisahan kami adalah berpunca dari orang ketiga. Ye, klise. Begitulah kehidupan berumah tangga ini. Kalau bukan pasal perempuan, mungkin pasal judi, dadah atau mabuk ketum. 

 

Bukan sekali dua Iskandar curang di belakang aku. Tapi, sudah tiga kali dia bikin masalah yang sama. Dasar lelaki mata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah dia menggelabah tenuk. 

 

Setiap kali dia bosan melayan perempuan-perempuan itu, dia akan berbaik-baik semula dengan aku. Begitulah ulang tayang yang selalu Iskandar buat sehingga aku naik muak dan nekad untuk bercerai.

 

Telefonku berbunyi. Nama 'Iskandar lelaki mati pucuk' tertera di atas skrin. Sengaja aku save nama dia macam tu. Nak kata aku berdendam, lantaklah.

Reviews

Write your review

Recommended