Kau Dusta Pada Janji by Izma Qahiera

Kau Dusta Pada Janji by Izma Qahiera from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Izma Qahiera
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2787-10-5
File Size: 0.94 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Siapa ni mak?” ~ Fadlin “Alin tak kenal ke? Cuba tengok betul-betul.” Gambar diserahkan kembali pada Fadlin. Makin lebar senyum Mak Piah melihat dahi Fadlin yang berkerut-kerut. “Tak perasanlah mak. Alin kenal dia ke?” “Apa pulak tak kenal? Kau dengan dia ni dah macam adik-beradik. Masa kecik-kecik dulu bukan main rapat mengalahkan belangkas. Dulu siap main ‘kawen-kawen’ lagi tau.” ~ Mak Piah. Nostalgia zaman kanak-kanak Fadlin dan Dino disingkap kembali berdasarkan janji yang telah Mak Piah dan adik iparnya meterai tanpa sedar Sekaligus telah memerangkap Fadlin dan Dino. Ditambah pula dengan tingkah Effa yang terlalu melindungi adiknya, Fadlin. “Kak Long takkan senang hati selagi Alin tak kahwin. Apa-apa hal Biar Kak Long carikan jodoh dia dulu.” ~ Effa. Effa lupa. Fadlin juga punya hati. Ingin merasa disayangi dan dicintai serta bebas membuat keputusannya sendiri. “Boleh janji dengan saya?” ~ Asri. “Janji apa?” ~ Fadlin. “Jangan pandang lelaki lain bila saya tak ada nanti” ~ Asri. “Mana boleh tak pandang? Kat sekolah tu ada cikgu lelaki, murid lelaki, tukang kebun lelaki, Pak Guard lelaki, gurubesar pun lelaki. Itu belum kira yang di kedai. Husni tu lelaki, tukang angkat gas lelaki...” ~Fadlin. “Eee! Loyar buruk pula dia ni tau.” Asri Hubungan mereka berdua bertambah mesra. Namun sejauh manakah hala tuju hubungan ini? Mampukah Mak Piah menunaikan janji atau beralah dengan ketegasan anak sulungnya? Walhal Effa sendiri sedia terpikul tanggungjawab yang tergalas dibahunya. “Lepas bersalin ni sayang tak nak jaga kedai makan lagi. Sayang nak tinggal dengan abang. Kita besarkan anak sama-sama.” “Dulu pun janji juga…”~ Zaid. “Tolong bagi sayang satu lagi peluang. Sayang nak tebus semua kesalahan sayang dulu. Sayang janji akan ikut cakap abang”. ~ Effa Lidah manusia tidak bertulang. Cukup mudah menabur janji Sewenang-wenangnya jadi penghalang. Tidak peduli walau dikatakan… KAU DUSTA PADA JANJI

Reviews

Write your review

Recommended