Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya. Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa.
“ Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni...” – Fazila
Faris... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi.
“ Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan.” – Faris
Ruang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur.
“Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?” – Amir Hamzah
Siapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?
Reviews
Titik Mula Cinta
by on July 22, 2020
Jalan cerita yang menarik.
Titik Mula Cinta
by on December 15, 2020
Baca cerita ni baru tahu, lafaz akad nikah pun boleh diwakilkan. Selama ni tau lafaz wakil wali je. Orang kata cinta tak semestinya bersatu. Inilah yang dihadapi oleh watak-watak utama cerita ini. Kadang bila baca rasa bercelaru perasaan. Kadang tak suka dengan tindakan Fazila, Amir Hamzah, Faris. Fauzi pulak yang kelihatan matang dalam pemikiran dan perbuatan.. ~mrscyrus~
Titik mula cint3
by Rubina Abd Rahman on December 25, 2020
Best
best
by Harrni Ahmad on December 27, 2022
jalan cerita yang menarik.
okeyy
by Aidmie ak garina on January 08, 2024
tulisan pandai berubah
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.