Janji Pada-Nya by Fazlyn Ridz

Janji Pada-Nya by Fazlyn Ridz from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Fazlyn Ridz
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-0657-82-0
File Size: 1.91 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Aku dan Estaban bertemu.. namun aku tidak pernah jatuh cinta kepadanya. Sayangnya dia terus menagih perhatianku. Namun dia tidak pernah faham betapa mahalnya perhatian yang hendak kuberikan kepada lelaki persis itu. “Dengan saya memang susah, sebab saya bukan dia.. bukan juga perempuan-perempuan yang awak peluk setiap hari. Saya bukan perempuan simpanan awak. Puas hati sekarang?” -Insyirah “Awak pun perempuan. Apa naluri perempuan seperti awak tidak sama dengan yang lain? Awak dari planet mana?” –Estaban Estaban kaki perempuan. Kacak... kaya dan juga nakal! Tetapi ada yang menjadi duri dalam jiwaku. Dia tidak percaya kepada Tuhan, tidak suka kepada agama. Rohaninya jauh tersasar. Pedomannya entah ke mana. Lelaki seperti dia tidak layak untuk aku jadikan sandaran. Pantaskah aku memilih lelaki seperti dia? Takdir membawa aku ke dalam kehidupan yang tidak pernah aku bayangkan. Mengahwini lelaki seperti itu bukanlah angan-anganku. Tetapi itulah hakikat yang harus aku tempuhi. Estaban a.k.a. Ariff menjadi suamiku kerana keterlanjurannya sendiri. Memegang pegangan sebagai orang Islam bukanlah kehendaknya. Namun terdayakah aku mengislamkan seorang suami yang cukup angkuh? Mampukah aku menahan gelora di hati tatkala ayah kepada anak-anakku itu semakin jauh daripada batasannya? Termampukah aku menahan Ariff daripada murtad semula? Semuanya tidaklah mudah seperti yang dibayang. Usaha, doa dan tawakkal adalah pegangan setiap hamba-Nya. Akhirnya nanti Tuhan pasti akan menunjukkan jalan untuk mereka. Dia datang bersama maaf, sesal dan taubat. Namun mudahkah jiwa perempuan yang teruk tercalar ini untuk menerimanya semula? Sejauh mana kata-kata itu dapat aku pegang? Mampukah manusia seperti dia menerima hidayah dan taufik daripada Allah? Janji Pada-Nya bukan sekadar kisah cinta. Kisah tentang kehidupan antara dua manusia yang berbilang prinsipnya. Namun Janji Allah... semua yang berlaku itu pasti akan ada akhirnya. Di situlah titik tolak kebahagiaan sedang bermula.

Reviews

best
by on October 13, 2017

best

superb
by Yumin on December 05, 2018

daebak????

Estaban
by Norhaniza Binti Muhamad Hanip on November 24, 2019

Huishhh menyirap aje kalau jumpa estaban secara real huhu... tp best...

Janji Padanya,Si Pencuri Hati,Rindu Bukan Milik Kita,Dalam Diam Aku Terpikat,Selagi Ada Kasih
by on March 28, 2020

Best among the best

Best cerita ni..xrugi baca
by anafati on May 06, 2020

Byk ilmu yg bermanfaat yg bole dijadikan teladan dan pengajaran buat kita..bukan sekadar bacaan mengisi masa lapang..slps baca kisah ni ' Janji Pada-Nya' silalah lah baca H.I.M pulak sbb kisah ank2 mereka pula..then sambung baca Mr crush cerita kisah cucu2 dorg pulak...haa..semuanya ada ilmu bukan sekadar bacaan kosong.. Good job writer!

best and quiet nice
by Aini Sufia Binti Rais on November 05, 2020

its quite nice

Janji Padanya
by Ejum Wahab on September 04, 2021

At first nk bg 5 star sbb buku one of my fav author tp bila baca my oh my half of total pages je menceritakan psl kekurangan estaban and insyirah wow what a woman mampu bertahan smpi 7 thn and bila ariff dan berubah totally berubah dia msh terima hebatnya insyirah sgt hebat cerita ni konsep islamik seronok baca cuma bab ketabahan isteri tu phew sedih geram baca. Tp totally worth it thank you author

Janji PadaNya
by Siti Aisyah on August 26, 2023

Rated 5 sbb best. Worth to read. Siapa yang baca mesti sakit hati dekat Estaban a.k.a Ariff nie..Estaban ni memang beban bsr dalam hidup Insyirah..Bila baca novel ni rasa geram sangat dgn perangai dia, cara cakap dia, cara dia fikir memang x matang. Tp dlm cerita ni saya respect dkt keluarga Insyirah dan family Estaban ni.

Janji Pada Nya
by siti nadzirah binti mohd nadzir on September 07, 2023

First saya baca kisah Afyra, kemudian kisah Jannah dan akhirnya kisah ibubapa mereka mungkin terlalu panjang, tetapi saya kira sangat realistik, kadang rumah tangga begitulah jalan ceritanya ada konflik, ada plateau, ada panjang berjela-jela hikayat gaduhnya, ada yang tawar dan ada manisnya, bukanlah seindah novel yang sikit sahaja pahitnya supaya pembaca tak bosan selebihnya romantis sana sini kadang hingga geli this is a very good novel sebab menceritakan apa yang sukar diceritakan oleh sebahagian orang kita, atau mungkin sebahagian orang kita, ketika bertemu jodoh dengan mat atau minah saleh, tidak berpeluang pun bercerita dengan sebenar-benarnya tentang agama Islam atau berkesempatan bertegang urat demi agama terhadap sikap sambil lewa pasangan berkenaan hukum agama dan syariat jarang yang mahu bercerita bagaimana struggle untuk menghentikan tabiat meminum alkohol, tabiat berzina dan struggle untuk mengajak pasangan mendalami Islam dengan sebenar-benarnya tanpa hanya superficial tapi realisation akan wujud sebaik membaca novel ini yang betapa beratnya dugaan jika kita pun tak kuat agama, kemudian kita berkahwin pula dengan seorang yang dilahirkan dalam dunia yang penuh hedonism mungkin juga sesama Islam sendiri ada yang struggle dengan isu-isu syariat, bukan semuanya manis dan apalah pula ertinya manis kalau sekadar bersetuju atau memejam mata seandainya jalan hidup dalam perkahwinan tiada disertai dengan kuatnya pegangan pada agama novel ini bercerita tentang tanggungjawab, sarat dengan penjelasan dan kata-kata nasihat, memberikan tentang agama yang mesti kukuh dalam perkahwinan dan sama sekali tidak harus wujudnya putus asa dengan rahmat Allah walaupun betapa buruknya sesuatu itu, yang penting dari sisi hamba Nya, hanyalah terus usaha dan teguh akidah

Janji padaNya
by Shima Nazri on January 15, 2024

Dalam banyak-banyak novel penulis, novel yang ni paling banyak aku menyumpah. 7 tahun sabar dengan suami kaki betina, angkut betina berzina dalam bilik isteri & pakai baju tidur isteri tu penghinaan paling dasyat. Dalam banyak-banyak novel penulis, watak Insyirah ni paling nampak 'lembik' sebab dicurangi terang-terang tetap memaafkan dan terima semula. Dalam realiti kehidupan ramai isteri yang sabar macam ni dengan suami. Suka dengan cara penulis selitkan nasihat & berdakwah dalam penulisan.

janji padanya
by on February 15, 2024

permulaan cerita agak membosankan..bila dh pertengahan barulah seronok jalan cerita.

Write your review

Recommended