Kesihatan dan Perubatan dalam Tradisi Islam: Perubahan dan Identiti by Fazlur Rahman
(price excluding 0% GST)
Author:
Fazlur Rahman
Category:
General Academics
, Family & Health
, Islam
ISBN:
978-983-49-0480-7
Publisher:
Dewan Bahasa dan Pustaka
File Size:
2.15 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Dalam Kata Pengantar buku ini, Martin Marty menyebut bahawa jika arah aliran sekarang ini berterusan sehingga ke beberapa dekad yang akan datang, umat Islam akan bertambah melebihi penganut agama Yahudi dan akan menjadi kumpulan beragama yang kedua terbesar di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, buku yang dihasilkan oleh Profesor Fazlur Rahman, seorang ilmuwan Islam yang terkenal, memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat dunia memahami konsep sakit, sihat, derita dan nasib malang yang menimpa masyarakat. Buku ini bukan berupa sejarah perubatan dalam Islam, walaupun dalam bab empat buku ini terdapat penjelasn tentang institusi penjagaan kesihatan yang tercetus daripada nilai-nilai kerohanian dan moral Islam. Buku ini juga merintis percubaan untuk menjelaskan Islam sebagai sistem akidah dan hubungannya dengan tradisi penjagaan kesihatan. Dalam hal ini, pengarang mengemukakan persoalan, "Apakah nilai yang Islam letakkan kepada kesejahteraan insan dari segi kerohanian, mental dan fizikal?" "Apakah inspirasi yang diberikan oleh Islam kepada umatnya untuk menyedari nilai itu?" Setelah menghuruaikan pandangan alam Islam secara umum dan mengemukakan sifat kesepaduan dan kesyumulan Islam, buku ini menerangkan dengan terperinci doktrin Islam tentang kesihatan dan perubatan berasaskan buku yang terkenal, iaitu Perubatan Nabi.
Reviews
perubahan dan identiti islam
by nadirah najwa on April 04, 2022
cerita yang lengkap dan mudah difahami
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.