Anarkis by Khairul Nizam Khairani
(price excluding 0% GST)
Title:
Anarkis
Author:
Khairul Nizam Khairani
Category:
General Novel
ISBN:
978-967-369-332-0
Publisher:
PTS Publications (Penerbit-X)
File Size:
0.89 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic. Akibat diburu rasa bersalah atas tindakannya yang melampaui batas, Sarjan Awai telah meringkuk di dalam penjara di Croatia selamat lima tahun sebelum Angkatan Tentera Malaysia berjaya menemuinya dan membawanya pulang ke Malaysia. Namun dosa lampaunya masih terus memburu apabila kerajaan Britain menghantar wakilnya ke Malaysia iaitu Sir Anthony Morse dan ejen MI5, Andrew Doyle untuk menyiasat kematian salah seorang anggota skuad elit SAS British yang dipecayai maut akibat tindakan Sarjan Awai di Bosnia.
Sarjan Awai telah bersedia untuk mengakui kesilapannya, namun berlaku satu perkara yang mengubah segala-galanya. Kematian Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur, peguam yang bertanggungjawab membela Sarjan Awai yang dibunuh dengan kejam. Kini Sarjan Awai menjadi suspek utama. Cif Inspektor Kamarul Zaman yang menggalas tugas menyiasat pembunuhan Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur berpendapat kemungkinan Sarjan Awai mengalami tekanan mental dan telah hilang kewarasan. Namun dalam usahanya untuk membongkar perkara sebenar, dia mendapati terdapatnya penglibatan bekas anggota elit SAS dengan kematian Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur. Namun tanpa bukti yang kukuh Sarjan Awai masih lagi menjadi suspek utama dan dengan kemahiran serta pengalaman dalam bidang ketenteraan, Sarjan Awai kini dianggap sebagai suspek yang sangat berbahaya. Seorang yang mampu mencetuskan huru-hara. Seorang anarkis!
Reviews
Anarkis
by Noorsiah Laani on August 31, 2017
saspens
Anarkis
by RUHIZAT BIN SAFIE on November 30, 2017
Kisah yang bagus, ada fakta, ada unsur saspens. Malangnya versi ebook ini tergantung ceritanya. putus sekerat jalan, hanya sampai chapter 14 sahaja. Tak habis, tak tahu endingnya. adoiii????
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.