Intan Marliana (Lia) seorang anak yang patuh kepada orang tuanya. Disebabkan kesalahan abang-abangnya yang lalu, Lia sering berkorban demi menjaga hati ibu dan bapanya yang tercalar. Maka pinangan Asrul Effendi (Effendi), seorang duda beranak satu, diterima atas dasar patuh kepada ibu dan bapanya, walaupun pada mulanya dia cuba memujuk lelaki itu untuk tidak meneruskan niat untuk memperisterinya.
“So! Our parents think we should marry!” - Effendi
“... Lia langsung tak kenal Fendi ni, so how can we marry? - Lia
Namun mengapa Effendi yang tidak lagi percaya kepada cinta, bersungguh-sungguh inginkan Lia sebagai isterinya?
“Cinta? Fendi pernah kahwin atas dasar cinta. Tak berkekalan pun! So, why not with someone I don’t know? Lagipun, my mother thinks you are perfect for me.” - Effendi
Apakah muslihat di sebalik pinangan itu? Sejak kegagalan perkahwinannya yang pertama, hati Effendi sudah tertutup. Maka hati halus Lia terpaksa dikecewakan agar gadis itu tidak menaruh sebarang harapan terhadapnya. Namun mengapa hatinya turut terluka pada saat hati Lia terpaksa dilukai?
Kelembutan Lia menambat hati Effendi. Penerimaan Lia terhadap anak kecilnya, Ina, menyentuh jiwanya sehinggakan dia mula mendambakan kasih sayang yang dicurahkan Lia kepada Ina untuk dirinya sendiri. Mampukah Lia mengembalikan kepercayaan Effendi kepada ikatan cinta yang tulus lagi sejati? Mampukah Effendi merawat luka yang telah terpalit di hati Lia setelah Lia mengetahui sebab sebenar mereka disatukan? Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dengan kehadiran bekas isteri Effendi, Mona yang mahu merebut Ina? Betulkah Mona mahukan Ina atau apakah yang sebenarnya yang Mona mahukan?
Hak keputusan di tangan Lia. Itu janji Effendi. Hak yang diberikan Effendi seakan membunuh dirinya sendiri. Ketika Lia memilih untuk berpisah, Effendi tidak senang duduk. Hatinya parah. Lia harus dijejaki. Sanggupkah dia kehilangan Lia setelah perasaan cinta itu kembali berputik di hati?
Reviews
gemalai kasihmu
by on October 16, 2017
best
gemalai kasihmu
by on May 29, 2019
lebih suka novel demi bahagia ini
Gemalai Kasih
by on December 10, 2020
cerita yang menarik untuk mengisi masa lapang
Gemalai Kasih
by on January 27, 2021
Great ..indeed
Gemalai Kasih
by Siti Aisyah binti Ramle on September 05, 2021
Cerita yang best. Tapi ada part imbas kembali tu buat pembaca betul-betul kena fokus
Lia & Fendi
by Nor Hazirah Ishak on December 11, 2021
Konflik tak berat, best bila dorg dh keep on flirting with each other... Sesuai utk bcaan ringan.
Gemalai Kasih
by Siti Aisyah on August 29, 2023
Untuk novel ni, jalan cerita dia biasa2. Tak de konflik berat lebih ke arah romantik sgt, jadi saya x berapa minat. Gaya penulisan dia x berapa nak best jadi mcm cepat bosan. Banyak sangat cerita dlm 1 novel, pasal watak utama, pasal abang dia, pasal mak ayah dia, pasal Mona , pasal azim. Apapun masih okay untuk dibaca.
gemalai kasih
by Wan Nor Amirah Zuraifah Binti Wan Azman on March 13, 2024
suka watak utama lelaki & perempuan. watak Ina pun suka. Baik budaknya.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.