Baik, Buruk dan Dahsyat Pelbagai Wajah Peperangan dan Akibatnya Terhadap Asia Tenggara pada Kurun Kedua Puluh by Ooi Keat Gin
(price excluding 0% GST)
(price excluding 0% GST)
Synopsis
"Pada sepanjang urutan zaman, manusia, baik antara dua orang musuh mahupun dua buah bala
tentera yang terdiri daripada beratus-ratus ribu, telah bertempur antara satu sama lain sehingga
mengakibatkan banyak kejadian yang dijangka ataupun tidak dijangka berlaku. Pembunuhan,
kematian beramai-ramai, pembinasaan harta benda, dan kesan seksaan yang berlarutan lama
selepas perang tamat dan darah pun sudah kering merupakan perkara biasa ketika berlakunya
perang. Sejarah senantiasa menunjukkan bahawa konflik bersenjata mempamerkan senario dalam
frasa “baik, buruk, dan dahsyat” bergantung kepada sudut pandangan mana-mana pihak yang
mentafsirnya. Pihak yang menang akan membanggakan kelebihan senjata, kemuliaan kemenangan
atau penambahan taklukan. Pihak yang tewas mengira dan berkabung untuk mereka yang terkorban,
merawat mereka yang cedera, menentukan kehilangan materi, dan mengalami kehilangan harga
diri dan maruah. Bagi pihak yang tewas juga, perang merupakan suatu bencana kerana mungkin
mengakibatkan pemusnahan seluruh komuniti (penghapusan etnik). Tambahan pula, bukan luar
biasa sekiranya beribu-ribu orang daripada pihak yang tewas dijadikan hamba abdi oleh pihak yang
menang. Pada zaman moden, pihak yang tewas dipaksa membayar pampasan kepada pihak yang
menang.
"
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.