Baik, Buruk dan Dahsyat Pelbagai Wajah Peperangan dan Akibatnya Terhadap Asia Tenggara pada Kurun Kedua Puluh by Ooi Keat Gin

Baik, Buruk dan Dahsyat Pelbagai Wajah Peperangan dan Akibatnya Terhadap Asia Tenggara pada Kurun Kedua Puluh by Ooi Keat Gin from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ooi Keat Gin
Category: General Academics
ISBN: 978-983-861-809-0
File Size: 1.99 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Pada sepanjang urutan zaman, manusia, baik antara dua orang musuh mahupun dua buah bala tentera yang terdiri daripada beratus-ratus ribu, telah bertempur antara satu sama lain sehingga mengakibatkan banyak kejadian yang dijangka ataupun tidak dijangka berlaku. Pembunuhan, kematian beramai-ramai, pembinasaan harta benda, dan kesan seksaan yang berlarutan lama selepas perang tamat dan darah pun sudah kering merupakan perkara biasa ketika berlakunya perang. Sejarah senantiasa menunjukkan bahawa konflik bersenjata mempamerkan senario dalam frasa “baik, buruk, dan dahsyat” bergantung kepada sudut pandangan mana-mana pihak yang mentafsirnya. Pihak yang menang akan membanggakan kelebihan senjata, kemuliaan kemenangan atau penambahan taklukan. Pihak yang tewas mengira dan berkabung untuk mereka yang terkorban, merawat mereka yang cedera, menentukan kehilangan materi, dan mengalami kehilangan harga diri dan maruah. Bagi pihak yang tewas juga, perang merupakan suatu bencana kerana mungkin mengakibatkan pemusnahan seluruh komuniti (penghapusan etnik). Tambahan pula, bukan luar biasa sekiranya beribu-ribu orang daripada pihak yang tewas dijadikan hamba abdi oleh pihak yang menang. Pada zaman moden, pihak yang tewas dipaksa membayar pampasan kepada pihak yang menang. "

Reviews

Write your review

Recommended