Ke Arah Negara Berkeupayaan Spatial by Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin
(price excluding 0% GST)
Author:
Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin
Category:
General Academics
ISBN:
978-983-861-794-9
File Size:
0.78 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
"Rakyat dan negara berkeupayaan spatial adalah suatu ciri istimewa apabila data spatial yang
tepat dan terkini diperolehi secara ubiquitous. Ini memerlukan data dan perkhidmatan yang
boleh diakses secara tepat melalui perkongsian dan integrasi perkhidmatan data spatial.
Namun, masih terdapat banyak isu dan cabaran yang perlu diatasi untuk mempunyai
suatu pelantar berkeupayaan spatial supaya transaksi harian agensi kerajaan khususnya
dalam penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cekap dan berkesan. Keupayaan spatial
secara ubiquitous menggunakan konsep tempat dan lokasi dan pada bila-bila masa untuk
menyusun maklumat dan proses kini merupakan sebahagian mana-mana pembentukan
e-kerajaan ke arah pencapaian strategi ICT negara. Penulisan ini membentangkan dan
membincangkan perkembangan negara serta peluang, isu-isu dan cabaran yang terlibat
dalam mereka bentuk dan membangun pelantar infrastruktur data spatial negara. Dengan
terbentuknya Infrastruktur Data Spatial Negara (NSDI), pembangunan data geospatial yang
mampan membolehkan negara berdiri seiring dengan negara-negara maju. Beberapa isu
utama diketengahkan supaya negara setanding dengan negara-negara maju lain dalam
memenuhi objektif pembangunan mampan. Infrastruktur sedia ada turut dibincangkan dan
beberapa penyelesaian ke arah meningkatkan lagi prestasi pentadbiran dikemukakan supaya
negara terus bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah negara berkeupayaan data spatial.
Penekanan diberikan kepada isu-isu yang berkaitan dengan perkongsian data antara agensi,
pembangunan dataset, penggunaan standard data geospatial, peningkatan dalam bilangan
agensi yang menggunakan sistem maklumat geografi (GIS), meningkatkan pembinaan kapasiti
permintaan data geospatial, dan peningkatan dalam teknologi GIS.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.