Isteri Dalam Sangkar by Wardina Aisyah

Isteri Dalam Sangkar by Wardina Aisyah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Wardina Aisyah
Category: Romance
ISBN: 978-967-0907-34-5
File Size: 1.55 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba. TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga. “Hoi perempuan kampung! Kau dengar sini baik-baik. Jangan ingat kau dah sah jadi isteri aku, aku akan layan kau sama seperti isteri-isteri lain di luar sana. Kau tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Kalau bukan sebab aku nak jaga maruah aku dan keluarga aku, jangan harap aku nak kahwin dengan kau. Perempuan macam kau bukan taste aku la!!!” - Tengku Iskandar. Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan. Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri. “Siapa kata abang nak Aisyah keluar dari kondo ni? Kondo ni tempat Aisyah. Takde sesiapa boleh gantikan tempat Aisyah kat sini.” - Tengku Iskandar. Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya. Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali memgecapi bahagia?

Reviews

So so so best
by Nur Afiqah Mohd Yusoff on October 01, 2017

Novel IDS 1 & 2 both best sangat2 baca.. sweet, sedih, semua Ada.. terbaik la novel ni. one of my favourite novel now

isteri dlm sangkar
by Adelia Shamim on September 11, 2018

ok je.

Average
by Hazlina Mohamad on October 21, 2018

Average

worth it
by Zetty Nur Qayrisha bt Salahuddin on October 23, 2018

Worth it untuk baca secara santai, sambil minum petang.

isteri dalam sangkar
by Nassim Banu Abdul aziz on May 07, 2019

good story line

Isteri Dalam Sangkar
by MOHD ZUL HELMI BIN NORDIN on August 24, 2019

Trbaek...

Isteri Dalam Sangkar
by Susan on April 10, 2020

Bestttt

please :(
by lonely bean on July 03, 2020

mana novel isteri dalam sangkar 2:(((((

Isteri Dalam Sangka really
by on January 24, 2021

Good story.. indeed

best
by tunteha on June 19, 2022

cerita teratur dan menarik. xberat, boleh la buat santai

Isteri dalam sangkar
by siti nur jamilah on September 05, 2022

Penderaan mental dan fizikal, penceritaan yang menarik akhirnya membawa kepada bahagia

isteri dalam sangkar
by on December 19, 2023

best giler cite niee

isteri dalam sangkar
by Mat zairul nazim on February 27, 2024

cerita best..tpi part ros dengan haziq sikit sgt

Write your review

Recommended