NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.
Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.
Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.
Reviews
Heroin doormat
by Mardhiah meerasa on June 05, 2018
sgt lah nyampah dgn heroin yg tak pandai stand up utk diri sendiri. biar ja hero pijak maruah dia. seriously, kalau writer nak tulis hero yg ego sekalipun, jgn la jadikan watak heroin tu mcm lembu kena cucuk hidung. at least melawan la sikit! takda spark langsung baca cerita ni. diorang mcm org asing tetiba jatuh cinta, tetiba baik. watak hero tu plak kekonon baik tapi tengah2 cerita jadi jahat kejap, pastu tetiba baik plak. adoi!
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.