Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi!
Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari, dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Tiga perompak yang melarikan wang tebusan menjadi misteri apabila ketiga-tiganya tiba-tiba hilang tanpa dikesan di Stesen Kereta Api Lama. Apakah yang terjadi kepada mereka? Apakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu ketiga-tiga perompak itu?
Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB
Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan dia digilis dan mati di tempat kejadian. Disebabkan itulah, stesen kereta api itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen itu berhubung kait dengan penduduk kampung itu.
Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG
Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap 17 tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demi meminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Seorang demi seorang mahu menjadi teman Suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, seorang demi seorang pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Apa kaitannya dengan epal merah dan komuter?
Aku hanya mahu berteman… / EPAL MERAH DAN KOMUTER HANTU
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.