[ No Description ]



 



SGD 5.88

Tia Zahara… kegagalan perkahwinannya membuatkan dia membawa diri. 5 tahun berlalu dan dia selesa dengan kehidupan baharunya. Namun segalanya musnah apabila muncul seorang lelaki yang telah membuatkan hidupnya huru-hara. Erfan Rayyan… dia muncul dengan status duda kematian isteri. Kacak dan penuh pesona. Tapi sayang, kedinginan yang ditonjolkannya menyebabkan dirinya kesepian. Namun segalanya berubah setelah dia dipertemukan dengan Tia. Terdesak untuk kepentingan diri, gadis itu dilamar. “Macam mana dengan lamaran I? Dah fikir?” – Erfan Tia terkejut. Mahu sahaja dia tolak. Tapi dek satu alasan, akhirnya mengikat dia menjadi isteri Erfan. “… mama takkan tinggalkan Fateh, kan?” – Fateh Fateh Iqram… itu alasan Tia dan Erfan terjebak dalam ikatan perkahwinan. Erfan itu duda dan Tia pula janda, bolehkah mereka beriringan apabila masing-masing sudah punya pengalaman dalam rumah tangga? “Tia hanya layak untuk Fateh. Bukan abang. Untuk abang, Tia cuma seorang ibu kepada Fateh.” – Erfan Dek kenyataan itu, Tia nekad meraih cinta si suami. Bersabar. Akhirnya hati Erfan dimiliki. Lantas, membuatkan kebahagiaan hadir dalam hidup mereka berdua. Tapi siapa sangka, kebahagiaan yang mereka kecapi cuma seketika. Tia nanar dalam rasa cinta buat Erfan. “Talk to me abang! Siapa saya dalam hidup abang? Siapa Har dalam hati abang?” – Tia “Stop it, Tia! Abang takkan jawab soalan Tia. Dan berhenti persoalkan siapa Tia dan Har dalam hidup abang.” – Erfan Satu kebenaran terbongkar dan rasa bahagia Tia serta-merta lebur. Erfan ditinggalkan tanpa kata. Bella yang hadir menjadi nasi tambah semakin membebankan bahunya. Jadi, mampukah Tia menjadi seorang isteri yang penyabar? Dan kebenaran apakah yang mendorong Tia terlupa hakikat dirinya seorang isteri? Benarkah kesabaran yang ditanam ini bakal membuahkan hasil? Dan adakah Erfan Rayyan itu lelaki terakhir yang dijadikan untuk seorang Tia Zahara?
view book