SELAMAT MALAM, CINTA! Oleh DEKNA LEE
“Aku cakap, dah lebih 2 tahun. 2 tahun juga Amri tunggu kau macam orang bodoh. Kau tak kasihankan dia ke?” - Farah
“Apa perasaan kau bila celik sahaja mata, orang yang sentiasa menemani malam kau telah tiada lagi? Tiada untuk selama-lamanya? Apa perasaan kau bila tiada lagi si suami yang akan mengucapkan kata-kata cinta sebelum kau tidur? Apa perasaan kau? Amri, dialah polis yang menyampaikan berita kematian suamiku, sanggupkah aku untuk terus menatap wajahnya? Salahkah aku kerana terlalu mencintai Rasydan?” - Irqin
“Tak salah untuk mencintainya. Tapi ia jadi salah sekiranya mencintai dia melebihi cinta kita pada Allah...” - Amri
Mampukah Amri mengetuk pintu hati Irqin yang terlalu mencintai arwah suaminya? Dan, mampukah Irqin melupakan arwah suaminya yang sentiasa melekat dalam hati?
HANYA DANIAL oleh LYNN SAFIYA
Misi mencari kakak yang ‘hilang’ telah menemukan Asyura dengan Danial. Danial dengan sikap acuh tak acuhnya, manakala Asyura dengan sikap beraninya, bukanlah sesuatu gabungan yang baik. Namun dalam keberanian Asyura, masih ada sifat malunya, dalam ketakutan, masih ada rasa cekal untuk berhadapan dengan setiap cabaran, dan dalam sifat gadis itu yang polos, ada keinginan untuk sentiasa berterus terang. Semua itu amat dikagumi oleh Danial.
Tiba-tiba saja, masalah Asyura menjadi masalah Danial, kebimbangan Asyura menjadi kebimbangannya... dan ancaman daripada seseorang yang giat memburu Asyura menjadi sesuatu yang perlu dimatikan dengan serta-merta. Danial buntu. Namun hatinya tidak merelakan Asyura jatuh ke tangan lelaki lain selain dirinya. Tidak sama sekali!
“Kahwin dengan aku!” -Danial
“Apa encik cakap?” - Asyura
“Kalau kau nak, kau ikut aku balik KL sekarang jugak. Kalau kau kat sini, macam mana aku nak lindungi kau...” - Danial
Mereka disatukan atas sebab apa? Cinta atau simpati? Mampukah hati Asyura menerima alasan sebenar Danial memperisteri dirinya?
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.