[ No Description ]



 



SGD 16.54

Buku ini ditulis berdasarkan tesis yang bersandarkan kajian Kes Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah, Perak mengenai penggunaan media sosial (MS) dalam kalangan belia UMNO luar bandar di kawasan berkenaan ketika pilihanraya umum ke 13 (PRU13) diadakan. Permasalahan kajian ini ialah melihat apakah pola dan faktor mempengaruhi penggunaan MS dalam kalangan pengundi muda UMNO di samping mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan MS telah membantu dan mempengaruhi golongan belia di kawasan berkenaan ketika memilih calon bertanding dalam PRU13. Ia juga bertujuan menilai sejauh manakah peranan media konvensional masih relevan sebagai alat komunikasi dalam PRU13 berkenaan di samping menilai apakah isu-isu penting dan faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi belia terbabit mengundi calon parti yang bertanding. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual secara mendalam 20 responden belia UMNO dalam PRU13. Hasil kajian ini mendapati MS seperti sistem pesanan ringkas (SMS), Facebook dan YouTube memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi antara calon, jentera parti dan pengundi sepanjang kempen PRU13 sekaligus dapat mempengaruhi sebilangan pengundi memilih calon bertanding di DUN Kampung Gajah, terutama mereka yang tinggal di luar kawasan mengundi.
view book