[ No Description ]



 



SGD 3.00

Megawati tergelak besar sehingga menggegarkan seluruh peralatan yang ada di situ. Jamilah sudah rasa lain macam. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. “Kau nak tahu tak, mana tempat paling berpuaka dalam sekolah kita?” tanya Megawati. Jamilah menggeleng, tidak suka mendengarnya. “Sinilah, tempatnya. Bilik stor sukan kita!” Sekali lagi Megawati ketawa, tetapi kali ini tawanya sudah masuk kategori mengilai. Semakin lama semakin nyaring. Wajahnya memutih, pucat. Dan taringnya semakin jelas kelihatan, memanjang sehingga jelas ketara seperti taring ular. Jamilah menggeletar ketakutan. Dia memandang sekeliling. Bilik stor sukan itu tiada jalan keluar!
view book