[ No Description ]



 



SGD 6.40

‘“Tinggalkan Kaizil dan kawan awak akan selamat. Tinggalkan London. Awak tak boleh hubungi Kaizil lagi.” - Aart Harlan Halyn dihukum dengan ugutan dan ancaman hingga membuatkan dia membawa diri ke New York. Namun bukan mudah untuk Halyn bangkit dari rasa kecewa dan terluka yang maha dahsyat. Ditambah lagi dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. “Kau tak mahu jumpa orang yang sudah kau khianati?” – Kaizil Akhirnya, di Barcelona dia mula melakar impian dan cita-cita. Namun, pertemuan yang tidak disengajakan itu telah membangkitkan semula semua rasa yang hampir terpadam. “Aku belajar untuk lebih tenang sebab aku tahu sakitnya terpaksa melepaskan.” - Halyn “Aku bersumpah di bawah langit Barcelona, aku benar-benar cintakan kau.” – Kaizil “Kalau kau betul-betul yakin ia satu keputusan yang betul, aku... aku...” – Halyn “Katakanlah ‘ya’ dan tolonglah jangan membantah.” – Kaizil Pertemuan itu akhirnya membawa Halyn dan Kaizil kembali semula ke London. Dan tanpa sengaja, ia telah mewujudkan konflik baru dalam hubungan mereka. Adakah kemunculan Halyn di London telah membuahkan dendam di hati seseorang? Benarkah Encik Aart juga terlibat sama? Mampukah Kaizil menangani konflik yang mengaitkan dia dengan prestasinya dalam pasukan dan ayahnya sendiri? Kalau ada sesiapa bertanyakan kepadaku, apakah kata yang maksudnya paling hampir dengan perkataan ‘cinta’? Aku akan menjawabnya dengan pantas. “Kaizil!” - Halyn
view book