[ No Description ]



 



SGD 2.62

“Syaitan tu tak akan bagi aku masuk nanti. Aku ni Angel. Dia tu Devil. Angel mana boleh masuk neraka.” - Dr Adha “Oh, kau nak cakap Johan duduk dalam neraka la sekarang ni? Ashraf sendiri yang minta supaya panggil kau. Dia percayakan kau. Apa lagi yang kau nak dengar supaya kau sudi datang? Sini aku ingatkan kau. Johan tu kawan baik adik kau. Dari tadika lagi.” - Ikmal Kisah ini tentang pengkhianatan antara anak dan bapa, adik-beradik, suami dan isteri, kekasih dan juga sahabat. Apabila nafsu yang beraja, siapa yang akan jadi mangsa? Akan ada yang tersungkur dan ada yang bersorak. Siapa yang akan rugi? Siapa yang akan beruntung? “Johan dah lama dekati saya. Tapi saya yang tolak dia. Masa tu saya takut. Saya takut pada semua orang, sampailah abang Firdaus bantu saya untuk keluar dari ketakutan tu.” - Syafiq Nikmati pengembaraan penuh muslihat lelaki-lelaki tamak dalam hidup Syafiq Rais. “Ibu! Ibu halau aku?” - Syafiq Apakah pilihan Munirah, ibu tiri Syafiq?Berdayung dan hanyut bersama atau butakan mata dan pekakkan telinga?
view book