[ No Description ]



 



SGD 6.62

Ali Imran; anak muda yang mengusahakan warung cendol. Di sebalik komitednya meladeni pelanggan di warungnya, dia dalam pemerhatian seseorang. "Aku tahu, cendol yang kau jual tu hanya untuk mengaburi mata orang. Tapi kenapa tiada satu petunjuk tentang diri kau?" - Amsyar Lantaran persoalan itu, Ali menjadi subjek intipan. Tidak hanya dia, si manis Lily, gadis yang sering membantu Ali di warung juga diintip. Berjayakah Amsyar menemukan jawapan? Sementara itu, Ali dan Lily terus melewati kehidupan sebagaimana biasa. Sehinggalah seseorang dari masa lalu Lily muncul. Kenzo berjaya menjejak gadis itu. Ali Imran perlu tangkas bertindak. Lily perlu dijauhkan dari Kenzo. Lalu gadis itu dihantar ke Tokyo, Jepun. Jejak Lily di Malaysia juga dihapuskan supaya Kenzo menemui jalan buntu. "Jangan pernah tercedera. Aku akan tunggu kau di Haneda malam esok. Apa pun jadi kau mesti muncul depan aku. Faham?" - Lily Ali Imran, dia ibarat bayang-bayang Lily. Di mana ada Lily, di situ jugalah dia turut berada. Sejak remaja dia dihantar ke negara orang. Dilatih dan terlatih demi melindungi pewaris tunggal M Group. "...melindungi kau bukan tugas yang mudah. Bayarannya mati jika aku gagal." - Ali "Kita akan hidup normal seperti orang lain. Aku janji.. aku akan biarkan kau menikmati kegembiraan seperti perempuan lain..." - Ali Mampukah Ali memenuhi janjinya, terhadap si manis Lily? Berjayakah Ali melindungi Lily dari Kenzo? Sedangkan nyawa Lily pernah hampir melayang gara-gara lelaki itu.
view book