Buku ini membincangkan aspek perundangan diyat dengan terperinci disamping cuba untuk mengutarakan kaedah aplikasinya dalam bentuk yang lebih bersifat kontemporari. Mengikut pengertian dalam syariat Islam, diyat ialah denda dengan jumlah yang telah ditetapkan ke atas kesalahan yang mengakibatkan kehilangan jiwa ataupun kecederaan anggota. Denda yang dikenakan tersebut dijadikan sebagai pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa yang mengalami kerugian akibat jenayah. Diyat merupakan satu mekanisme yang efektif dalam usaha mengawal jenayah, menghukum penjenayah dan pada masa yang sama memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya. Buku ini menyentuh secara terperinci tentang syarat-syarat yang berkaitan dengan peruntukan diyat yang melibatkan pelbagai jenis keadaan dengan kadar yang berbeza.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.