Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail merupakan dua nama besar dalam rentas budaya dunia sastera Melayu di dalam dan luar negara. Kedua-dua penyair alam ini banyak mengolah perasaan halus mereka secara metafora, menzahirkan kecintaan yang amat mendalam terhadap alam, bukan sahaja dari luar malah dari dalam diri mereka sendiri. Secara khusus, buku ini cuba mengupas pengalaman emosi, kembara seni dan intelektual dalam gaya bahasa pada puisi-puisi pilihan. Ia juga menawarkan analisis perbandingan, rentak pengolahan dan gerak kiasan dalam gaya bahasa berdasarkan konsep yang dikemukakan oleh Keris Mas dalam buku beliau yang berjudul Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (1991). Keistimewaan dalam pembicaraan Muhammad Haji Saleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Penyair Alam juga terletak pada retorik penulisan yang segar dan unik dalam menelusuri larik-larik puisi pilihan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.