[ No Description ]



 



SGD 19.00

INI kisah pertemuaan ahli perniagaan dengan budak Gothic! Pertemuan yang membawa seseorang yang berwibawa seronok menjalani kehidupan yang bebas. Mana tidaknya, Yaya, gadis berpakaian pelik, malah dikata pula pengikut ajaran sesat oleh keluarga sendiri! “Famili saya nak jodohkan saya dengan perempuan yang saya langsung tak kenal,” cerita Rezza. Yaya seakan-akan terkedu bila mendengar kata-kata Rezza. Tidak sangka masalah lelaki itu sama dengan dirinya. Kita geng! “Masalah kita samalah tapi aku lagi teruk daripada kau sebab papa aku nak jodohkan aku dengan lelaki yang dah boleh digelar datuk, ” cerita Yaya. Kali ini dia akan menganggap lelaki itu kawan yang boleh menyelesaikan masalahnya. Terkekek-kekek Rezza gelak bila mendengar omongan gadis itu. “Saya sokong papa awak tu. Orang macam awak ni memang patut dapat lelaki yang dah bergelar datuk. Bayangkan awak di atas pelamin bersama dengan lelaki tua yang dah bongkok tiga. Seorang bersongkok, seorang lagi bergincu hitam. Lawak-lawak…” TAMBAH lawak! Rupanya lelaki untuk Yaya itu adalah Rezza. Dan wanita untuk Rezza itu gadis pelik yang rambutnya macam ayam serama, bergincu hitam dan semuanya serba hitam. Mana Rezza nak letak kewibawaan dia sebagai seorang ahli perniagaan? Boleh serasikah Yaya untuk mengubah kehidupan peliknya kepada seorang yang anggun?

view book