[ No Description ]



 



SGD 38.88

Berbakti Memenuhi Hayat Menyingkap Tirai Salasilah Keluarga Penggawa Haji Ismail bin Mat Saat (1923 – 1989) Buku ‘Berbakti Memenuhi Hayat - Menyingkap Tirai Salasilah Keluarga Penggawa Haji Ismail bin Mat Saat (1926 – 1989)’ adalah buku yang menelusuri perjalanan hidup peribadi almarhum Haji Ismail bin Mat Saat, seorang penggawa daerah Limbat, Kota Bharu dari tahun 1948 hingga tahun 1955. Menelusuri kehidupan orang-orang tua kita dahulu meruntun hati kita betapa mereka memiliki komitmen yang tinggi terhadap misi sebenar kehidupan ini walaupun susah dan sederhananya hidup mereka pada era tersebut. Mereka turut mempamerkan banyak contoh teladan yang terbaik baik dari segi prinsip hidup yang mereka perjuangkan mahupun dari segi perilaku dan akhlak mereka. Atas tema inilah buku ini mengemukakann catatan perjalanan hidup serta kepimpinan almarhum Penggawa Haji Ismail Mat Saat dalam rangka melaksanakan taklif Allah SWT sama ada sebelum, semasa atau selepas menjadi penggawa daerah Limbat. Taklif atau tanggungjawab tersebut merangkumi pelaksanaan amanah peringkat peribadi, keluarga mahupun masyarakat. Oleh kerana ayah, datuk malahan moyang kepada Penggawa Haji Ismail adalah juga penggawa daerah Limbat sejak turun-temurun, buku ini turut mengupas peranan penggawa dalam struktur pentadbiran tradisi masyarakat di negeri Kelantan yang unik. Penggawa dalam sistem tradisi rakyat Kelantan adalah lantikan Tuanku Al-Sultan dan menjadi wakil baginda di daerah. Untuk itu, bahagian awal buku menyorot salasilah keturunan Haji Ismail hingga lima lapisan generasi terdahulu. Keluarga ini diamanahkan Allah SWT menjadi Penggawa atau Tok Kweng bagi daerah Limbat, Kota Bharu sejak kurun ke-18 iaitu era Panglima Hitam (1788 – 1848), moyang Haji Ismail. Selain itu, buku ini juga mempersembahkan kisah hidup Hajah Azizah binti Mohammad dan Hajah Zainab binti Isa, iaitu isteri-isteri Haji Ismail yang berperanan membantunya menyempurnakan tanggungjawab yang berat membina keluarga. Malahan, kedua-dua mereka menggerakkan amal bakti dalam masyarakat sebagai wanita-wanita Islam. Segala pesanan dan wasiat utama yang pernah disebut oleh almarhum Haji Ismail dan isteri-isteri beliau juga telah dicari dan dicatat semula dalam buku ini. Tujuan semua sorotan ini adalah sebagai dorongan dan iktibar kepada generasi anak cucu beliau yang terkemudian dalam mengemudikan kehidupan masing-masing. Juga, semoga kisah pahit maung kehidupan, teladan serta mutiara pesanan daripada mereka akan menjadi sebahagian daripada warisan bangsa yang akan dihayati oleh masyarakat untuk memperolehi pelajaran dan iktibar sepanjang zaman. Untuk menambah erat perhubungan dan kasih sayang dalam kalangan generasi ketiga dan keempat Penggawa Haji Ismail yang masih ada, buku ini memberi informasi ringkas tentang 14 orang anak dan menantu Haji Ismail. Pembentangan maklumat ini akan menjadi rujukan pantas bagi mereka berhubung sesama mereka. Buku ini boleh dijadikan contoh bagaimana menghasilkan sebuah buku salasilah yang lengkap dan berkonsep moden yang merangkumi aspek-aspek penting dalam pengkisahan keluarga dan salasilah sebuah keluarga Melayu. Buku ini bertema “Berbakti Memenuhi Hayat” iaitu tema amal bakti yang ditekuni oleh Penggawa Haji Ismail, isteri-isteri dan keluarganya yang memberi makna dan nilai kepada pengkisahan salasilah keluarga ini. Buku ini bukan bertujuaan mempamerkan apa-apa kelebihan almarhum tetapi mengongsikan perjalanan hidup bekas seorang penggawa dalam melaksanakan taklif Allah SWT dalam kehidupannya melalui amal bakti kepada masyarakat. Mohamad Saidy Ismail Pengarang
view book