Umum mengetahui bahawa tugas sebagai seorang polis memerlukan komitmen tinggi daripada setiap pegawai dan anggota untuk memastikan keselamatan dan kemakmuran negara terpelihara. Justeru, bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian, maka kerjasama semua pihak perlu untuk merealisasikan usaha berkenaan. Perkara itulah yang menjadi keutamaan kepada Dato' Abd. Rashid Harun selaku Pesuruhjaya Polis Kontijen Sabah, yang juga pernah mengetuai zon ESSCOM. Seyogia, penulisan biografi ini merupakan satu titipan penghargaan dan kenangan atas khidmat bakti beliau selama berada di Sabah.
Matlamat penulisan ini merupakan satu usaha untuk mendokumenkan pengalaman luas Dato' Abd. Rashid dalam bidang kepolisan yang melangkau 41 tahun 8 bulan, iaitu bermula sebagai seorang Mata-Mata, tetapi dengan usaha serta iltizam luar biasa telah membawa beliau ke puncak kejayaan dalam kerjayanya. Insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013 merupakan titik pencetus ke arah usaha penulisan biografi ini. Peristiwa penting sedemikian merupakan antara catatan gelap yang pernah menimpa Sabah dan ia perlu didokumentasikan.
Justeru, pihak Universiti Malaysia Sabah mengorak langkah untuk merealisasikan hasrat tersebut. Dengan terbitnya biografi ini, maka para penulis percaya ilmu yang terkandung dalam buku kecil ini dapat digunakan sebagai tatapan dan rujukan kepada generasi akan datang untuk menjaga keharmonian dan keamanan di negeri ini.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.