[ No Description ]



 



SGD 7.45

di atas mejakayu segiempat dikerumuni kepekatan kulihat kekosongan mencurah ke dalam gelas kehitaman menetes ke pipijam kugapai kesepian di ujung sebatang rokok kugesek mancis perlahan-lahan hanya itulah suara dan cahaya di kegelapan ini Semenjak kali terakhir T. Alias Taib menerbitkan buku puisinya pada 2004, tidak ada sesiapa sangka masih ada sajak-sajak yang tersembunyi, Peneka Silang Kata adalah projek pengumpulan sajak daripada arkib T. Alias Taib melalui usaha dan kerjasama ahli keluarga beliau. Ibarat mengisi huruf dalam kotak-kotak sebuah silang kata, buku ini membuka kembali memori seorang penyair tersohor, tetapi dari sudut emosi dan pengalaman hidup yang tidak pernah dibaca dalam buku-bukunya yang dahulu. Peneka Silang Kata merupakan sebuah kumpulan puisi yang memperkukuhkan lagi reputasi T. Alias Taib sebagai penyair dan pemburu kota yang tiada tolok bandingnya.
view book