[ No Description ]



 



SGD 10.04

Buku ini dipersembahkan untuk mengetengahkan kepentingan teras ilmu sebagai pemangkin dalam semua kebangkitan ilmu sains dan teknologi. Buku ini terangkum empat perbincangan teras ilmu, iaitu pendidikan dan teknologi, politik dan kenegaraan, sosial dan kemasyarakatan serta pemakanan dan kesihatan. Ilmu pendidikan adalah wadah penyalur dalam membangkitkan usaha pemantapan teknologi selaras dengan falsafah pendidikan negara. Ilmu politik dan kenegaraan pula menjadi teras dalam memastikan segala bentuk perubahan yang menuju kepada revolusi industri dapat diadaptasi seiring konteks perlembagaan dan landskap politik masyarakat yang pelbagai. Ilmu sosial dan kemasyarakatan dipegang sebagai paksi utama dalam memastikan revolusi industri yang dikecapi memenuhi syariat agama, budaya, toleransi masyarakat dan identiti nasional negara. Wacana revolusi industri disemarakkan lagi dengan perbincangan dalam konteks ilmu pemakanan dan kesihatan melalui khazanah keintelektualan watan.

Perbincangan yang padat dan menyeluruh ini menjadikan buku Teras Ilmu Memacu Revolusi Industri suatu wadah ilmiah kepada semua golongan pembaca. Penekanan peri pentingnya teras ilmu harus menjadi akal budi dalam memacu setiap tuntutan arus globalisasi dan kemjuan sains dan teknologi. Kemajuan yang ditunjangi falsafah nilai dan etika tinggi kemasyarakatan berpotensi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan dinamik dalam menghadapi segala bentuk perubahan.

 

view book