[ No Description ]



 



SGD 6.08

buku puisi terbaru muhammad haji salleh membawa pengalaman yang berbagai-bagai – daripada memerhati mbak gudeq di jogja, kepada merenung nikmat senyap seorang penjual buku di manila; daripada anak-anak yang riuh bermain bola di fez, hinggalah kepada seorang peladang dan sawahnya. kehidupan mengalir di samping dan di dalam diri penyair. tindak balas terhadapnyalah yang dikutip, dipilih, dicatat dan akhirnya dicantumkan menjadi sajak.
 
penyair sering memilih perasaan manusia yang disisih, terbuang, dibenci dan difitnah. beliau merenung peta takdir dan bekas air mata di pipi mereka. tetapi ada pula sesekali mereka disayangi dan dihargai. muhammad haji salleh menemui atau membaca wajah mereka di selatan thailand, myanmar, china, india serta palestin. inilah segugusan perasaan yang sangat menyayat hati atau membahagiakan. muhammad haji salleh sudah lama dikenali sebagai penyair-pengembara, dan sudah sampai di kampung atau kota lebih 70 buah negara dan menikmati manusia serta budayanya.
 
oleh yang demikian, beliau pernah tergoda oleh machu picchu, dan telah menulis sajak panjang dalam ‘4 unsur di peru’, sebuah buku khusus tentang jepun (sewaktu beliau tinggal di kyoto), dan sebuah buku tentang benua amerika utara dan selatan. sebuah buku lagi yang menyanjung alam sepanjang tahun, sewaktu mengajar di universiti sains malaysia.
 
inilah tingkap berwarna-warni dalam jiwa penyair. di dalamnya ada manusia yang berlainan wataknya, budaya yang berbeza, bahasa yang berbagai-bagai, dan tidak lupa warisan kearifan yang terdapat dalam bahasa-bahasa mereka yang tua atau muda
view book