Dalam sesuatu projek pembinaan, semua pihak yang terlibat mengharapkan pelaksanaan yang sempurna. Namun begitu, terdapat juga kemungkinan kesempurnaan seperti yang diharapkan tidak berlaku. Dengan itu, diwujudkan bon pelaksanaan sebagai instrumen pengurusan risiko, yang bertindak sebagai penjamin kepada pelaksanaan sesuatu projek pembinaan. Walau bagaimanapun, bon pelaksanaan mempunyai risikonya yang tersendiri. Oleh itu, aspek pengurusan dan undang-undang dalam mengendalikan bon pelaksanaan itu perlulah difahami sebaik-baiknya. Buku ini mengetengahkan konsep, skop dan kaedah penggunaan sebenar bon pelaksanaan. Turut dibincangkan praktis semasa bon bertulis, penandatanganan, penseteman, nilai jaminan bon, tempoh berkuat kuasa dan kategori bon pelaksanaan. Mekanisme indemniti, hak penjamin bon dan kaedah tuntutan bon juga turut dibincangkan. Buku ini sesuai untuk semua yang terlibat dalam projek pembinaan, ahli akademik serta pelajar bidang berkaitan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.