Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malaysia by Abdul Aziz Hussin
(price excluding 0% GST)
Author:
Abdul Aziz Hussin
Category:
General Academics
ISBN:
978-983-861-732-1
Publisher:
PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
File Size:
7.92 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
"Tidak dapat dinafikan bahawa mana-mana bangsa atau negara sekalipun di dunia ini
mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah ini pula sebahagiannya ditinggalkan
untuk generasi akan datang dalam bentuk warisan. Boleh dikatakan bahawa semua
bangsa dan negara di dunia mempunyai warisan tersendiri; dan warisan inilah yang
menjadi salah satu bukti kukuh tentang sesuatu bangsa atau negara berkenaan.
Penyataan ini menjadi salah satu alasan kepada perlunya warisan berkenaan dijaga, iaitu
salah satu aspek penjagaannya ialah melalui pemuliharaan dan pemeliharaan. Selain itu,
warisan itu dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang dengan menjadi salah satu
produk pelancongan dan subjek kajian ilmu.
Oleh sebab aspek pemuliharaan dan pemeliharaan warisan menjadi salah satu aspek
penting penjagaan warisan, maka bidang ini perlulah diberikan tumpuan yang khusus.
Ia bukan sahaja menjadi tumpuan yang khusus dan menjadi salah satu bidang tugas
utama agensi atau pihak tertentu, tetapi juga perlulah difahami dan dipatuhi oleh semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuk pemaju hartanah,
kontraktor, badan bukan kerajaan, tuan tanah, ahli-ahli profesional yang berkaitan dan
juga orang ramai secara umumnya. Hal ini kerana jika sesuatu warisan tertentu hilang
atau musnah, ia tidak lagi dapat diganti untuk selama-lamanya.
Salah satu instrumen yang dikira berkesan dalam mencapai hasrat menjaga warisan
dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan adalah melalui peruntukan undangundang
bertulis. Nasib tinggalan warisan di Malaysia lebih baik kerana kerajaan telah
mewujudkan undang-undang khas tentang hal tersebut, iaitu Akta Warisan Kebangsaan
2005, di samping kewujudan beberapa akta lain yang turut membantu menjayakan
hasrat penjagaan (termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan) warisan.
Buku ini membincangkan perkara-perkara di atas dengan mengemukakan empat kajian
kes di empat lokasi (dalam tiga negeri) yang merangkumi aspek pengurusan, undangundang,
konflik, usaha-usaha yang dijalankan dan aspek-aspek lain seumpamanya yang
berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.
Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, khususnya
pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus yang berkaitan dengan
pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah."
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.