Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa Hadapan by A Ghafar Ahmad

Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa Hadapan by A Ghafar Ahmad from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: A Ghafar Ahmad
Category: General Academics
ISBN: 978-983-861-812-0
File Size: 2.76 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Pemuliharaan bangunan warisan merupakan fenomena baru dalam senario seni bina di Malaysia. Walaupun kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan banyak dilakukan pada beberapa buah bangunan kolonial, rumah tradisional Melayu, masjid, rumah kedai dan bangunan awam, terdapat segelintir masyarakat yang masih kurang peka terhadap kepentingan bidang ini. Malah ada yang menganggap pemuliharaan bangunan warisan sukar dipraktikkan selain tidak mendatangkan pulangan ekonomi yang menguntungkan. Terdapat juga kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan yang tidak mengikut prinsip dan tatacara kerja pemuliharaan yang betul. Pemuliharaan warisan kebudayaan di Malaysia mula melonjak setelah bandaraya Melaka dan George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Usaha pelbagai agensi kerajaan bekerjasama membantu menyediakan dosir pencalonan selama dua tahun termasuk Jabatan Warisan Negara, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Perbadanan Muzium Melaka, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta institusi pengajian tinggi awam telah membuahkan hasil yang mengharumkan negara sehingga mencetus impak yang besar terhadap pemuliharaan warisan kebudayaan. Pengiktirafan antarabangsa ini turut membantu, membangun dan mengembangkan lagi bidang pemuliharaan bangunan warisan di bandaraya Melaka dan George Town khususnya dan Malaysia amnya selain menjana sektor pelancongan warisan, memajukan aktiviti kesenian dan kebudayaan masyarakat, meningkatkan usaha pengekalan tapak dan pemuliharaan bangunan warisan. Hal ini akan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat dan pelbagai pihak yang berkaitan terhadap kepentingan pemuliharaan bangunan warisan.

Reviews

Write your review

Recommended