[ No Description ]



 



SGD 4.57

Ummu Sibyan ialah jin betina yang suka mengganggu kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan ibu-ibu mengandung. Kehadirannya membawa pelbagai malapetaka kepada keluarga tok ketua. Kemudian satu per satu kejadian seram dan menakutkan berlaku di Kampung Hulu 8 sehingga memaksa Tok Guru Semail bertindak menyelesaikan kes-kes itu dengan bantuan tok ketua, Samad, Berahim dan Leman. Ada yang berdamping dengan iblis sehingga sanggup menggadaikan iman dan ada yang merayu untuk dipulihkan kerana tidak sanggup menjadi mangsa kepada dosa-dosa nenek moyang mereka. Semua kes cuba diselesaikan dengan baik walaupun kadangkala nyawa mereka menjadi galang gantinya. Adakah apa yang diusir itu terus pergi ataupun kembali untuk terus menghantui? “Waktu senja tu waktu syaitan iblis berkeliaran. Kenapa kamu tak fikir dulu sebelum nak buat apa-apa?” – Kak Mizah “Aku dah kata jangan ganggu cucu aku. Kenapa kau tunjukkan diri kau malam tadi?” – Mak Senah. “Aku pulang tanpa nyawa… Aku syaitan dan bukannya manusia… Tidak bernyawa, tidak bernafas… Tetap pulang walaupun sudah mati…” – Arwah Milah
view book