[ No Description ]



 



SGD 2.94

Arjini meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu setelah kecewa melihat bapanya melayani ibunya dengan kasar sekali. Di kota, dia mempercayai gurunya, Azizul tetapi kepercayaan itu hanya untuk peringkat awal. Lama-kelamaan dia tahu siapa sebenar lelaki itu. Nampak sahaja berilmu, tetapi tidak memegang amanah. Malah, dia berusaha mencari kesempatan terhadap pelajar-pelajarnya. Arjini dapat mengharungi kehidupan di kota walaupun terlalu banyak dugaan. Kakak angkatnya, Norhaidah menjaganya dengan baik. Namun, Norhaidah sendiri sudahpun terperangkap dengan pujuk rayu Azizul dan kawannya, Zahrain. tambahan lagi, wanita itu menderita kerana adik kandungnya menjadi mangsa kebuasan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Arjini berjaya mempertahankan prinsip kesuciannya. Dia juga berjaya mengajar lelaki yang cuba melakukan tindakan durjana terhadapnya. Namun, adakah jalan yang dipilih Arjini itu baik untuknya? Dan, dapatkah Arjini menerima cinta seseorang ketika dirinya berkali-kali digoda dan diganggu insan bernama lelaki kasanova? Hidup mesti diteruskan. Arjini perlu memilih teman sejati selain memilih jalan hidup yang sempurna
view book