[ No Description ]



 



SGD 15.36

Ilmu pengajian kesusasteraan Cina Malaysia (atau dikenali sebagai kesusasteraan Mahua) telah wujud sejak tahun 1960-an. Sepanjang tempoh setengah abad yang lalu, sarjana dari dalam dan luar negara telah menggembleng tenaga untuk menyelami hati sanubari komuniti Cina melalui khazanah dan warisan sasteranya. Kini, ia telah berkembang sebagai suatu komponen yang penting dalam keseluruhan ilmu pengajian Cina Malaysia. Buku ini menyorot proses pencarian jati diri kesusasteraan Mahua dengan memfokuskan wacana kritikan sastera yang pernah diketengahkan sepanjang perkembangan sejarah sasteranya. Tulisan yang sedemikian jarang-jarang ditemui dalam dunia ilmu berbahasa Melayu. Justeru, ia amat sesuai untuk dijadikan rujukan bagi mahasiswa-mahasiswi khususnya dan peminat sastera amnya. Kehadirannya juga adalah kunci untuk menyelami pemikiran dan minda penulis-intelektual Cina di Malaysia.
view book