Karya ini adalah kajian yang bertujuan menjelaskan konsep altanzih berlandaskan pemikiran dan pandangan salah seorang tokoh Islam terkenal dan berwibawa dalam bidang tasawuf iaitu Imam al-Qushayri. Penulisan bercorak analisis dokumen ini difokuskan kepada karya agung beliau, al-Risalah al-Qushayriyyah yang menjadi salah sebuah rujukan utama para pengamal, pengkaji dan peminat disiplin tasawuf. Kaedah perbandingan turut diaplikasikan antara pandangan Imam al-Qushayri dengan pendapat para ulama Islam yang lain bagi memperhalusi lagi fokus perbincangan berkenaan konsep al-tanzih tersebut. Buku ini memaparkan perbincangan mengenai biodata dan latar belakang kehidupan Imam al-Qushayri, diikuti dengan penjelasan konsep al-tanzih berdasarkan intipati pengajaran al-Qur’an al-Karim dan al-Hadith al-Nabawiyyah, seterusnya menerangkan sumber dan hujah penetapan bagi konsep al-tanzih menurut Imam al-Qushayri. Karya ini turut menghuraikan konsep al-tanzih beliau dengan merujuk karya al-Risalahnya. Secara keseluruhannya karya ini berusaha untuk mendedahkan pandangan ulama sufi beraliran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam membahaskan aspek akidah atau kepercayaan dalam agama Islam berkaitan ketuhanan.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.