[ No Description ]



 



SGD 11.00

Seni Bina merupakan suatu bidang yang merangkumi ilmu tentang Sains, Sejarah, Geografi, Budaya, Ekonomi, Seni dan Pengurusan. Ramai yang berpendapat bahawa kerjaya ini ada kaitan dengan seni sahaja, namun hakikatnya bidang Seni Bina ini merentas pelbagai bidang yang memerlukan pemahaman tentang ketamadunan manusia dan interaksinya dengan alam. Kerjaya Arkitek adalah kerjaya yang mencabar, bagaimanapun, di sebalik cabaran itu bidang ini mampu memberi kepuasan dari aspek pengurusan kepelbagaian ilmu berkaitan manusia. Buku ini memberi pengenalan ringkas tentang bidang Seni Bina dan kerjaya yang berkaitan dengannya. Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa, dan guru kaunseling, untuk memberi panduan kepada pelajar dalam memilih kerjaya. Di samping itu, buku ini boleh digunakan oleh para pelajar peringkat sekolah menengah supaya inspirasi kerjaya dapat mekar awal dalam pendidikan sekolah. Malah, pelajar institusi pengajian tinggi yang berada pada tahun pertama bidang Seni Bina dapat memanfaatkan buku ini dalam memberi gambaran keseluruhan tentang kerjaya.
view book