My Mister Nadhim Amir by Rafina Abdullah

My Mister Nadhim Amir by Rafina Abdullah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Rafina Abdullah
Category: General Novel , Romance , Wedding
ISBN: 97896716710-2-3
Publisher: RMA STUDIO
File Size: 0.69 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Lily Qasrina, gadis berusia 27 tahun yang tertutup pintu hatinya berpunca dari kematian tunang tersayang. Ramai jejaka kampung yang mencuba nasib. Namun, satu pun tidak dilayan termasuklah si perokok tegar, Anuar. Muncul Nadhim Amir yang baru tiba dari kota, Lily terpaksa berdepan dengan lelaki itu di atas kerja yang diamanahkan. Geram sungguh hatinya apabila encik bos suka mengarah. Tugasnya pula bagai seorang isteri. Keperluan Nadhim serba-serbi perlu dijaga. Nadhim, seorang lelaki selekeh dengan wajah berjambang, mula berubah penampilan selepas berkenalan dengan Lily. Amboi… ada apa-apa ke? Hubungannya dengan Lily yang disalaherti, membuatkan Nadhim mengambil keputusan menyunting gadis kampung itu. Di awalnya, tidak timbul rasa cinta. Lama-kelamaan, kedua-duanya dah pandai rindu merindu dan saling jaga menjaga. Satu rahsia mula terbongkar dengan kemunculan Jasmin. Siapa Jasmin? Ah, ada saja pengacau! Jasmin adalah bekas tunang Nadhim yang hilang ingatan. Munculnya Jasmin, membuatkan kehidupan Nadhim dan Lily jadi haru biru. Tapi, semuanya kembali normal apabila Jasmin jatuh hati pada abang Lily, Lutfi Hadi si jejaka kampung yang hot dan berkulit tanned. Apa pengakhiran kisah kedua-dua pasangan yang kelam kabut dan sentiasa ribut ini? Jom ikuti kisah mereka!

Reviews

Best
by anafati on August 03, 2020

Ceritanya xberat..ringan2 je..tapi still teruja bila baca tu

my mister nadhim amir
by Nor Azizah ramli on December 29, 2020

cerita best cuma ending mcm tergantung. skip sikit sb bosan..hihi tp kalau Ada sambung kisah Jasmin best jugak kot.

MMNA
by norhasliza binti yusoff on July 14, 2022

Cerita best cuma endingnya habis macam tu saja,sepatutnya di ceritakan kesudahan Jasmin & Lutfi,keadaan Lily ditempat baru & adakah selepas bersalin Lily balik ke pulau,tapi endingnya habis di tengah2 kemuncak cerita,tergantung

CERITA TERGANTUNG
by nabilla bakar on October 21, 2022

Jln penceritaan menarik. Cuma ending dia je, tergantung. Lebih baik habiskan ending nadim dgn isteri kenapa kena pergi sana. n bila bersalin tu ke. psl abg dia dgn gf dia tu. cerita best, tp spoiled bab ending. a

Write your review

Recommended